Pengenalan
Portal Cukaria yang mengiktiraf dirinya
sebagai “portal cerpen tersensasi negara” menyiarkan cerpen di laman Facebook pada setiap hari Isnin dan
Rabu. Karya yang tersiar adalah pelbagai dan tidak terhad kepada tema, gaya,
teknik, dan isu tertentu.
Apabila
cerpen tersiar, penulis berhak menerima honorarium berbentuk enam buah buku
terbitan Buku Fixi.
Ia satu platform baik bagi penulis baharu dan lama, tua dan muda untuk berkarya
secara lebih bebas tanpa terikat kepada syarat dan peraturan yang terlalu
mengawal kreativiti.
Masalah dan Kekangan
Walaupun
ramai orang berminat dan bercadang mahu menulis untuk Cukaria, muncul beberapa kekangan dan halangan. Misalnya, tiada
panduan tentang format manuskrip cerpen, serta petua memikat hati editor atau
penilai. Penulis baharu pula mungkin mahukan panduan untuk tembus ke Cukaria.
Petua Penulisan Cukaria
Berbekalkan
pengalaman menulis secara profesional sejak tahun 1992 serta pengalaman
mengendalikan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994, saya [Uthaya Sankar SB] bercadang mengendalikan
satu sesi secara dalam talian (online)
khusus bagi sesiapa yang berminat menulis cerpen bagi Cukaria.
Sesi ini
bukan anjuran Cukaria tetapi
dikendalikan dengan “restu dan izin” pengasas portal berkenaan. Pihak Cukaria tidak bertanggungjawab atas kandungan sesi serta apa-apa panduan
yang dikongsi dalam sesi ini. Penyertaan dalam sesi ini bukan “jaminan” bahawa
cerpen peserta pasti tersiar di Cukaria,
tetapi peluang untuk “lulus bagi siaran” amat tinggi kerana saya akan memberi
bimbingan khusus untuk membolehkan karya tembus ke Cukaria – cara “pikat” editor/penilai berdasarkan penelitian saya terhadap
cerpen-cerpen di Cukaria sejak Julai
2024.
Tarikh
21 Ogos
2025 (Khamis)
Masa
9:00 – 10:00 malam [Waktu Kavyan]
Pelantar
Google Meet (sesi secara dalam talian)
Peserta
Dihadkan
kepada sekitar sepuluh
(10) orang yang benar-benar berminat menghasilkan cerpen untuk
dihantar ke Cukaria. Terbuka kepada penulis
baharu dan lama, tua dan muda, berpengalaman dan kurang pengalaman.
Bayaran
Setiap
peserta dikenakan bayaran RM10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) sebagai
bayaran ikat libat (commitment fee).
Bayaran ini tidak dipulangkan jika peserta menarik diri, atau tidak muncul
semasa sesi berlangsung.
Keunikan dan Kandungan Bengkel
Sesi Petua Penulisan Cukaria diadakan khusus bagi individu yang mahu menghasilkan cerpen yang sesuai dan berpotensi tinggi untuk tembus bagi siaran di Cukaria. Beberapa cerpen saya pernah tersiar di Cukaria (“Sal Buka Tudung”, “Remaja Dalam Almari”) dan boleh dibaca dalam buku Cerpen (2024), manakala cerpen “Demi Sebuah Keampunan” tersiar pada 13 Jun 2025. Cerpen beberapa individu yang menyertai bengkel kendalian saya juga sudah tersiar di Cukaria sejak Julai 2024.
Peserta sesi diberi peluang untuk bertanya tentang apa yang wajar dilakukan bagi menghasilkan cerpen bermutu yang mampu menarik minat editor atau penilai Cukaria. Misalnya, aspek cangkuk naratif, teknik memulakan cerpen, unsur saspens dan twist, pemerengganan, plot, dialog, dan pengakhiran cerpen yang berkesan.
Peserta juga boleh bertanya tentang aspek teknikal seperti format menaip manuskrip, biodata, maklumat penulis, tatabahasa, dan etika mengirim cerpen melalui e-mel kepada Cukaria.
Bahagian pertama
sesi (sekitar 30 minit) digunakan untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan
lebih awal oleh para peserta berdaftar. Bahagian kedua sesi (masa yang berbaki)
akan saya gunakan untuk memberi petua dan panduan tambahan yang difikirkan wajar
diketahui para peserta.
Rangka Sesi
9:00 malam – Peserta mendaftar masuk.
Pautan (link) akan diberi lebih awal.
9:01 malam – Menjawab pertanyaan
peserta. Semua soalan perlu dikirim melalui WhatsApp
011-11411952 (Uthaya) selewat-lewatnya
pada 20 Ogos 2025 (9:00 malam).
9:45 malam (anggaran) – Petua tambahan
untuk menjadi penulis yang berjaya dan berwibawa.
10:00 malam – Sesi Google Meet tamat secara automatik.
Pendaftaran Peserta
Sesiapa
yang berminat menyertai sesi Petua
Penulisan Cukaria perlu menghubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952
untuk mendaftar. Nombor akaun bank akan diberi untuk membuat bayaran ikat libat
(RM10 sahaja). Kemudian, setiap peserta perlu mengemukakan minimum satu (maksimum
empat) pertanyaan/soalan untuk dijawab/dibincang semasa sesi. Pertanyaan perlu
dikirim menerusi WhatsApp
selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2025 (9:00 malam). Sebarang mesej selepas itu
tidak akan dilayan.