“Actions speak louder than words”
Menyedari hakikat ini, saya [Uthaya Sankar SB] memohon sokongan, sumbangan, dan tindakan – support, contribution, and action – rakan-rakan dan orang ramai bagi menjayakan kempen “Sumbangan Buku Cerita Untuk Sekolah Rendah” di bawah inisiatif Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan).
Pakej buku cerita yang tersedia ialah tiga judul ini:
1 - Nari! Nari! (2024)
2 - Ikan
Patin dan Beruang Besar (2024)
3 - Rani di Kuil Bhagavati (2025)
Sekolah mana?
Anda boleh
memilih mana-mana sekolah rendah di Malaysia – Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Amat
digalakkan memilih sekolah rendah di mana anda belajar dahulu. Anda perlu
kemukakan nama penuh sekolah, alamat penuh sekolah, dan nombor telefon sekolah/guru
untuk membolehkan buku dikirim melalui pos (kurier). Saya menanggung kos
penghantaran. Harap maklum bahawa penghantaran (kurier) tidak dapat dibuat ke
alamat PO Box dan Felda.
Jumlah penyumbang?
Saya
mensasarkan 20 orang penyumbang supaya buku dapat dikirim ke
20 buah sekolah menjelang 31 Mac 2025.
Jika ada sambutan, maka akan ditambah/disambung pada April 2025. Bayangkan: Ada
530 buah SJKT di Malaysia. Kalau 20 bekas murid dari 20 buah SJKT tampil
menyumbang, maka 20 buah SJKT akan menerima sumbangan buku. Belum lagi ambil
kira 200 bekas murid SJKT/SJKC/SK!
Bagaimana caranya?
1) Anda menyumbangkan RM50
(Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB).
2) Kirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952:
(a) Nama Penyumbang:
(b) Tempat Tinggal Penyumbang: (Bandar, dan
Negeri)
(c) Nombor Telefon Penyumbang:
(d) Tarikh Deposit:
(e) Nama Sekolah:
(f) Alamat Lengkap Sekolah:
(g) Nombor Telefon Sekolah/Guru:
Apa yang berlaku seterusnya?
1) Pakej tiga buah buku yang
dinyatakan di atas dikirim melalui pos (kurier) kepada Guru Besar sekolah
berkenaan untuk ditempatkan di perpustakaan sekolah.
2) Bersama kiriman buku itu disertakan
sepucuk surat yang menyatakan nama dan nombor telefon penyumbang. Langkah ini
supaya Guru Besar boleh berhubung terus dengan penyumbang untuk mengucapkan
terima kasih. Jika anda tidak mahu nama atau nombor telefon anda dinyatakan dalam surat
itu, sila maklumkan kepada saya semasa mengirim maklumat menerusi WhatsApp.
3) Satu salinan pdf surat itu dihantar kepada penyumbang menerusi WhatsApp untuk rekod dan simpanan.
4) Pautan nombor jejak (tracking number) dikirim kepada penyumbang
menerusi WhatsApp supaya penyumbang
boleh memantau perjalanan pakej kepada penerima (sekolah).
Harap maklum bahawa resit pembelian tidak diberi kerana pakej tiga buah buku ini ditawarkan pada harga
diskaun dan khusus bagi kempen “Sumbangan Buku Cerita Untuk Sekolah Rendah”. Kos
penghantaran (kurier) ditanggung oleh saya.
Senarai sekolah dan penyumbang dikemas kini di sini dari semasa ke semasa. Sila maklumkan sewaktu mengirim WhatsApp jika anda tidak mahu nama sebenar dipaparkan; sebaliknya diganti nama samaran (seperti TTK, SG, MM).
|
Maklumat Penyumbang |
Maklumat Sekolah |
Catatan |
1 |
Devishi Prabha Sankari Shah Alam, Selangor |
SK Convent Aulong Taiping, Perak |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
2 |
Petaling Jaya, Selangor |
SJKC Chung Hwa Damansara Petaling Jaya, Selangor |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
3 |
Saravanan Selanduray Puchong, Selangor |
SK Slim River Slim River, Perak |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
4 |
Puchong, Selangor |
SK Klian Pauh Taiping, Perak |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
5 |
Dr. Naresh Waran Gnanasegaran Setapak, Kuala Lumpur |
SJKT Paya Rumput Paya Rumput, Melaka |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
6 |
M. Mahendran Bentong, Pahang |
SJKT Karak Karak, Pahang |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
7 |
Amir Muhammad Petaling Jaya, Selangor |
SJKT Seaport Petaling Jaya, Selangor |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
8 |
Halini Paramanathan Kepong, Kuala Lumpur |
SJKT Bukit Fraser Bukit Fraser, Pahang |
Buku dikirim pada 6 Mac 2025 |
9 |
|
|
|
10 |
|
|
|
11 |
|
|
|
12 |
|
|
|
13 |
|
|
|
14 |
|
|
|
15 |
|
|
|
16 |
|
|
|
17 |
|
|
|
18 |
|
|
|
19 |
|
|
|
20 |
|
|
|
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya).