Pengenalan
Pertubuhan
Sasterawan Kaum India (Kavyan) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat
India Aulong Lama, Taiping menganjurkan Projek Komuniti Kavyan mulai Jun 2016. Projek
ini terhenti susulan penularan Covid-19 pada tahun 2020 dan pelbagai usaha selepas
itu untuk meneruskan projek itu menemui jalan buntu. Sementara itu, Kavyan berpengalaman
mengendalikan beberapa
program dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri
Maha Sivalayam, Aulong. Maka, langkah diambil untuk cuba menghidupkan semula
projek komuniti demi manfaat golongan kanak-kanak, remaja, dan golongan ibu
bapa kaum India di sekitar Aulong dan Aulong Lama.
Maklumat Pertemuan
Satu
pertemuan kecil diatur untuk mengumpulkan sejumlah individu yang prihatin dan
berminat dalam meneruskan serta menjayakan projek komuniti.
Tarikh: 25 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari [Waktu Kavyan]
Tempat: Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong
Waze: Sri Maha Sivalayam Aulong
Bahasa
Perbincangan
dijalankan dalam Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris. Peserta bebas
menggunakan mana-mana bahasa mengikut pilihan dan keselesaan.
Rangka Atur Cara
1. Ucapan alu-aluan oleh Surendran Govindasamy, Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong
2. Penerangan ringkas tentang Projek
Komuniti Kavyan di Aulong Lama (2016-2019) oleh Jegavani Lengkan, penyelaras projek
baharu
3. Membincangkan aktiviti, program, dan
projek yang boleh dilakukan Kavyan oleh Uthaya
Sankar SB, pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)
4. Mencadangkan dan membincangkan
aktiviti, program, dan projek komuniti yang sesuai dijalankan di Kuil Sri Maha
Sivalayam, Aulong
5. Membincangkan cara mempromosi
program dan mencari peserta
6. Bersurai
Peserta Pertemuan
Individu
yang berminat menyertai pertemuan dan sesi perbincangan ini wajib mendaftar
sebelum 23
Mei 2024 (8:00 malam) dengan menghubungi Uthaya Sankar SB menerusi WhatsApp 011-11411952. Harap maklum bahawa “datang terus tanpa mendaftar” (walk-in) pada 25 Mei 2024 tidak
dibenarkan.