19 Feb 2024

Temasya Bahasa di Kuil

Pengenalan

Projek Komuniti Kavyan di Aulong Lama, Taiping dimulakan pada tahun 2016 – maklumat di sini. Akibat penularan wabak Covid-19 pada awal tahun 2020, aktiviti secara bersemuka tidak dapat diteruskan.

Dalam usaha menyediakan ruang aktiviti dan program bahasa, sastera, seni, dan budaya berasaskan Bahasa Malaysia bagi penduduk sekitar Taiping, Perak, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping menggerakkan semula program di Aulong pada tahun 2022.

Acara “Temasya Bahasa” di bawah program Semarak Bahasa dan Sastera Kebangsaan pernah diadakan di kuil ini pada 19 Mei 2019 – maklumat di sini. Ruang dewan terbuka yang sudah siap dibina menyediakan tempat yang cukup luas dan selesa untuk menjalankan aktiviti.

Program Dirgahayu Bahasa Malaysia @ Aulong (12 November 2022) mendapat sambutan menggalakkan. Aktiviti susulan diatur hasil maklum balas peserta dan perbincangan dengan ibu bapa yang menghadiri program berkenaan.

 

Program

Program Temasya Bahasa di Kuil bertujuan memupuk minat membaca bahan bacaan bermutu Bahasa Malaysia dalam kalangan penduduk di sekitar Aulong. Bahan bacaan yag dimaksudkan termasuk akhbar, majalah, buku, e-buku (e-book), buku digital, dan bahan bacaan dalam talian (online). Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan dalam komuniti, serta dalam kalangan peserta pelbagai peringkat umur.

 

Objektif

1. Memupuk minat membaca karya Bahasa Malaysia

2. Berkongsi panduan (tips) memilih bahan bacaan yang sesuai

3. Menggalakkan peserta menjadikan membaca sebagai aktiviti sekeluarga

4. Berkongsi panduan aktiviti didik hibur (edutainment) berasaskan buku

5. Memperkenalkan karya yang dihasilkan para Sasterawan Kavyan

 

Penganjur Bersama

Jawatankuasa Pengurusan Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping

Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan)

 

Tarikh

23 Mac 2024 (Sabtu)

 

Masa

10:00 pagi – 4:00 petang

 

Tempat

Dewan Terbuka Kuil Sri Maha Sivalayam

860-D Lorong 9, Aulong, 34000 Taiping, Perak

 

Panduan Waze

Kovil Sri Maha Sivalayam Aulong

 

Syarat dan Panduan Penyertaan

1.0 Terbuka kepada masyarakat majmuk (semua kaum, agama) di sekitar Aulong, Taiping

2.0 Penyertaan dibuka mengikut kategori berikut:

2.1 Kanak-kanak (umur 7-12 tahun) – lima (5) peserta

2.2 Remaja (umur 13-17 tahun) – lima (5) peserta

2.3 Belia (umur 18-29 tahun) – lima (5) peserta

2.4 Dewasa (umur 30-60 tahun) – lima (5) peserta

3.0 Peserta wajib mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia

4.0 Peserta wajib menyertai program sepenuhnya. (Jika datang lewat atau pulang awal, maka tidak diiktiraf sebagai peserta dan tidak layak menerima sijil penyertaan.)

5.0 Peserta perlu ada minat membaca buku (mana-mana bahasa)

6.0 Hanya peserta berdaftar dibenarkan hadir. (Sesiapa yang tiba-tiba datang pada tarikh program tidak diterima walau atas apa alasan sekali pun) [Sudah ditutup]

7.0 Individu yang mendaftar tetapi gagal hadir, maka tidak dibenarkan menyertai program seterusnya

 

Cara Mendaftar

Sila kirim maklumat berikut secara berasingan bagi setiap peserta ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). [Sudah ditutup]

1. Nama Penuh Peserta:

2. Nombor MyKad/MyKid Peserta:

3. Alamat Rumah (lengkap):

5. Nombor Telefon/WhatsApp:

 

Tarikh Tutup

Pendaftaran ditutup pada 15 Mac 2024 (10:00 malam). Pendaftaran ditutup lebih awal jika sudah cukup 20 peserta. [Sudah ditutup]

 

Rangka Atur Cara

10:00 pagi

Ketibaan peserta berdaftar

Sarapan tidak disediakan

Suai kenal

 

10:30 pagi

Sesi 1 – Aktiviti Berkumpulan 1

 

12:00 tengah hari

Makan tengah hari

 

12:30 tengah hari

Sesi 2 – Aktiviti Berkumpulan 2

 

2:00 petang

Sesi 3 – Aktiviti Berkumpulan 3

 

3:30 petang

Komen ketua setiap kumpulan

Ucapan pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil (En. Surendran)

Sesi fotografi berkumpulan

(Nota: Sijil digital akan dikirim kepada peserta menerusi WhatsApp)

Minum petang

Bersurai

 

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Surendran Govindasamy (012-2873859) atau Uthaya Sankar SB (011-11411952) sebelum 15 Mac 2024 (10:00 malam). [Sudah ditutup]