23 Apr 2018

Penyunting Karya Klasik India – Buku 1


Saya sedang dalam proses awal menerbitkan buku pertama dalam Siri Karya Klasik India, iaitu gabungan pengkisahan semula dan ulasan Thirukkural dan Megha Duta. – Baca maklumat penuh.

Rancangan asal adalah untuk menerbitkan buku ini pada Oktober 2018. Bagaimanapun, dengan semangat baharu berikutan Peristiwa 9 Mei 2018 yang melahirkan Malaysia Baharu susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), keputusan diambil untuk menerbitkan buku ini menjalang Ogos 2018.

Sebagai usaha memupuk kerjasama dan penglibatan rakan-rakan pelbagai kaum, agama dan latar belakang dalam menjayakan penerbitan buku ini, saya memerlukan bantuan sepuluh (10) individu untuk menjadi penyunting bersekutu (editor) secara sukarelawan bagi buku ini.

[Kemas kini pada 13 Mei 2018 - Tawaran ditutup]


Sebahagian syarat dan panduan adalah seperti berikut, dan individu yang berminat perlu bersetuju dengan kesemua syarat/panduan:

1. Penyunting mestilah warganegara Malaysia.

2. Keutamaan diberi kepada individu yang sudah membuat tempahan awal berbayar buku Thirukkural dan Megha Duta (2018).

3. Penyunting mestilah berumur minimum 20 tahun.

4. Penyunting tidak dibayar. Kata kunci: Sukarelawan.

5. Individu yang berminat menjadi penyunting tidak perlu ada sebarang pengalaman menyunting buku sebelum ini.

6. Individu yang berminat menjadi penyunting perlu membuat pengesahan selewat-lewatnya pada 13 Mei 2018. (Tawaran ditutup awal jika cukup 12 orang sukarelawan.)

7. Individu yang berminat menjadi penyunting wajib mengirim biodata diri selewat-lewatnya pada 13 Mei 2018. Panjang biodata adalah maksimum 60 patah perkataan. Contoh biodata boleh dirujuk di dalam buku Kisah Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara Hati (2013), Ikan Patin dan Beruang Besar (2017) dan Karupaya (2018). Biodata mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja menggunakan Bahasa Malaysia dan wajib dimulakan dengan nama sebenar individu (penyunting) berkenaan. Contoh dan panduan menulis biodata boleh dirujuk DI SINI.

8. Manuskrip perlu disunting dalam masa 14 hari sahaja.

[Kemas kini pada 13 Mei 2018 - Tawaran ditutup]

Sekiranya anda 100% berminat dan komited, sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my dengan kadar segera. (Sila jangan lakukan pengesahan menerusi mesej Facebook atau WhatsApp. Wajib kirim e-mel untuk tujuan rekod.)

Harap maklum bahawa hanya 10 penyunting diperlukan. Yang dahulu didahulukan.

Jadilah sebahagian daripada kumpulan penyunting bersekutu yang menjayakan penerbitan buku pertama dalam Siri Karya Klasik India!