21 Sept 2017

Menaja Buku Untuk Kanak-kanak

Saya sedang berusaha mendapatkan tajaan daripada orang ramai supaya sekumpulan kanak-kanak pelbagai kaum berpeluang memiliki kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017).

Rata-rata kanak-kanak terbabit pernah menyertai program anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Nama mereka dicalonkan oleh Sukarelawan Kavyan, Pegawai Insaniah, Pegawai Kelab Kesedaran, guru sekolah, dan pemimpin komuniti yang memang saya kenali dan percayai.

Harga pasaran buku itu adalah RM20 senaskhah, tetapi penaja hanya perlu menyumbangkan RM10 manakala baki RM10 akan ditanggung oleh penulis, penerbit dan pengedar (iaitu saya sendiri).

Setakat ini, sudah ada beberapa insan budiman yang tampil membantu. Lihat foto dan senarai di sini: [SATU] – [DUA] – [TIGA] – [EMPAT] – [LIMA] – [ENAM] – [TUJUH] – [LAPAN] – [SEMBILAN] – [SEPULUH]

Sekiranya tajaan (minimum RM30, iaitu untuk 3 orang) dilakukan sebelum 30 September 2017, maka nama penyumbang akan dimuatkan dalam buku berkenaan sebagai tanda penghargaan. Bagi tajaan sehingga 30 Oktober 2017, nama akan dipaparkan di blog – KLIK DI SINI – bagi tujuan dokumentasi.

(Harap maklum bahawa ada beberapa penyumbang yang meminta nama mereka tidak dipaparkan atau disiarkan di mana-mana. Saya menghormati pilihan mereka.)


Majlis penyampaian buku akan diadakan pada 19 November 2017 sempena Baca Cerpen Kanak-kanak di Pusat Kebudayaan India, Brickfields. Bagi kanak-kanak di Taiping, Perak, majlis penyerahan akan diadakan pada Disember 2017.

Apa-apa pun, sumbangan dan tajaan anda akan membolehkan sekumpulan kanak-kanak pelbagai kaum – khususnya daripada kalangan masyarakat akar umbi dan keluarga berpendapatan rendah – berpeluang memiliki, membaca dan menghayati bahan bacaan bermutu. Kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar juga menampilkan watak pelbagai kaum dan agama.

Sila hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau mesej menerusi Facebook jika anda sudi memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan usaha ini, atau jika ada sebarang pertanyaan.