21 Jun 2017

Ulasan Cerpen – Doa Tahun Baru

Setiap Chithirai pertama, atau biasanya tarikh 14 April, adalah hari yang dinanti-nanti oleh orang berketurunan Tamil. Ia adalah sambutan Tahun Baru Tamil.

Membaca cerpen “Doa Tahun Baru” mengingatkan saya kepada peristiwa yang sentiasa berlaku sebelum dan pada hari Chithirai di rumah saya. Memang sama seperti dalam cerpen tersebut.

Perkara paling penting pada tahun baru adalah membersihkan rumah, terutamanya bilik poojai, serta berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan – bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk ahli keluarga, masyarakat dan negara.


Cerpen ini menceritakan dengan jelas setiap perkara yang dibuat pada tahun baru di mana pada pagi Chithirai, setiap individu akan bangun dan bergerak ke bilik poojai untuk menatap wajah berhala dewa-dewi terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Kalau dikatakan sambutan, mestilah ada makanan. Maka, pada hari Chithirai, masakan nabati disediakan sama seperti semasa kebanyakan perayaan kaum India beragama Hindu.

Cerpen “Doa Tahun Baru” membantu saya mengimbas semua itu. [Dengar cerpen DI SINI]

(Ulasan ini ditulis oleh Anuradha Chelliah dari Banting, Selangor sebagai memenuhi Undangan Menulis Ulasan Cerpen. Pengulas akan menerima cenderamata berupa senaskhah buku Malaiur Manikam dan senaskhah buku Mandala Bicara.)