Buku
Nari! Nari! (2015) memuatkan 9 cerita rakyat
India yang diceritakan semula menggunakan Bahasa Malaysia bagi bacaan rakyat Malaysia.
Judul: Nari! Nari!
Kategori: Kumpulan Cerita Rakyat India
Bahasa: Bahasa Malaysia
Diceritakan semula oleh: Uthaya Sankar SB
Ilustrasi oleh: Teh Hun Yi (Exact Publisher)
Tebal: 200 halaman (tidak termasuk prelim)
Harga pasaran: RM20.00 senaskhah (tidak termasuk PosLaju)
Judul: Nari! Nari!
Kategori: Kumpulan Cerita Rakyat India
Bahasa: Bahasa Malaysia
Diceritakan semula oleh: Uthaya Sankar SB
Ilustrasi oleh: Teh Hun Yi (Exact Publisher)
Tebal: 200 halaman (tidak termasuk prelim)
Harga pasaran: RM20.00 senaskhah (tidak termasuk PosLaju)
Semak stok: [Di Sini]
[Baca rencana: Usaha Memupuk Minat Membaca ...]
Pandangan pembaca: [baca di sini]
Miliki Cetakan 2024: [klik di sini]
Lihat juga -- Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)
Berikut
sedikit maklumat mengenai cerita-cerita yang terkandung di dalam buku Nari! Nari!:
1 -
Kisah Binatang Mendapat Warna
Khabarnya,
pada zaman dahulu, kesemua binatang dan burung di hutan berwarna putih. Lalu,
bagaimanakah mereka mendapat warna masing-masing? Dipaparkan juga kisah seekor
gagak dan seekor merak yang bersahabat baik. Namun, timbul masalah berikutan
rasa cemburu.
2 -
Serigala Biru
Serigala
bernama “Nari” yang dihalau dari hutan kembali dengan penampilan dan identiti
baharu. Selepas menghalau harimau dan singa, Nari mengisytiharkan dirinya
sebagai Raja Hutan. Namun, mampukah Nari menipu penghuni hutan secara
berterusan?
3 -
Thandira Nari
Ditakdirkan
Nari bertemu semula dengan singa yang pernah dihalaunya dari hutan. Hasil
manipulasi dan kepintaran minda, Nari berjanji mahu membantu singa itu membunuh
tiga ekor lembu di pinggir hutan.
4 -
Muslihat untuk Makan
Pelbagai
muslihat dibuat oleh Nari untuk mengisi perut yang lapar. Kemudian, dia
diberikan kepercayaan oleh penduduk sebuah kampung untuk membunuh seekor
harimau yang membunuh kambing biri-biri milik penduduk.
5 -
Mentimun dan Tairu
Kelaparan
membuatkan Nari mula belajar makan mentimun. Akan tetapi, tentulah pemilik
kebun tidak akan berdiam diri melihat tanamannya dicuri. Nari pula mengenakan
kembali pemilik kebun mentimun itu dengan cara yang melucukan.
6 - Nari Menjadi Baik
Apakah
Nari akan terus kekal sebagai seekor binatang licik yang pandai menipu dan
memperdaya? Pengembaraan dengan niat mahu membantu seorang gadis benar-benar
mengubah kehidupan Nari. Pelbagai kisah penuh mendebarkan berlaku sehingga
membawa kepada perubahan yang berlaku.
7 -
Si Bodoh dan Lembu Kuil
Peribahasa
“bodoh macam lembu” membawa makna baharu dalam cerita ini yang menampilkan seorang
kanak-kanak bernama Sulekha (“yang bertuah”) dan seekor lembu jantan bernama
Koovil Maadu. Transformasi yang berlaku dalam hidup Sulekha pasti membawa mesej
positif kepada pembaca.
8 -
Hati Monyet
Persahabatan
erat terjalin antara dua binatang dari dua alam yang berbeza. Namun, sikap
cemburu pihak ketiga menggugat persahabatan itu sehingga akhirnya membawa kepada
pengakhiran yang menyentuh perasaan.
9 -
Kiripulle, Si Anak Cerpelai
Haiwan
peliharaan dikatakan sentiasa menyayangi dan menganggap keluarga pemilik
sebagai keluarganya sendiri. Akan tetapi, bagaimana jika pemilik mula
meminggirkan haiwan peliharaan itu atas alasan mahu melindungi ahli keluarga?
Kesemua cerita rakyat yang termuat dalam
buku ini tentulah bukan cerita yang baharu; sebaliknya cerita yang disampaikan
dalam kalangan masyarakat India dari generasi ke generasi.
Kini, cerita-cerita itu disampaikan semula
dengan sedikit pengubahsuaian supaya sesuai bagi bacaan rakyat Malaysia. Buku Nari! Nari! terbit pada Oktober
2015. Dicetak semula pada [tahun 2023] dan [tahun 2024].
Senarai nama penyumbang dipaparkan DI SINI untuk tujuan dokumentasi. Baca juga: Sedutan Komen Rakan-rakan. Baca juga: Bahagian Pengenalan.
Anda juga mungkin berminat membeli Ikan Patin dan Beruang Besar (2017).
Senarai nama penyumbang dipaparkan DI SINI untuk tujuan dokumentasi. Baca juga: Sedutan Komen Rakan-rakan. Baca juga: Bahagian Pengenalan.
Anda juga mungkin berminat membeli Ikan Patin dan Beruang Besar (2017).