Sebaliknya, mereka sudi menyumbangkan atau
menghadiahkan senaskhah kepada kanak-kanak daripada keluarga yang kurang berada.
Pada
8 September 2015, saya memaparkan foto kanak-kanak dengan kata-kata “Saya Mahu
#NariNari” dan bertanya jika ada sesiapa yang sudi membuat tempahan awal
berbayar supaya kanak-kanak berkenaan boleh memiliki buku Nari! Nari! apabila ia terbit nanti.

Sejumlah 30 penerima sudah ditemui dan boleh dirujuk di Facebook. Sekarang,
saya sedang mengenal pasti 10 kanak-kanak yang memang gemar membaca tetapi datang daripada keluarga
kurang mampu.
Jika
anda mengenali sesiapa, sila kirim maklumat mereka kepada saya. Tarikh tutup muktamad: 30 September 2015.
Caranya amat
mudah. Ambil foto kanak-kanak
berkenaan memegang kertas bertulis “Saya
Mahu #NariNari”.
Pastikan kertas yang dipegang itu BUKAN bercetak komputer, tetapi bertulis tangan. [Lihat contoh yang
dipaparkan di sini.]
Kirim
foto itu kepada saya menerusi mesej Facebook atau
e-mel uthayasb@yahoo.com.my
sebelum 30 September 2015.
Sertakan
maklumat diri kanak-kanak itu; seperti nama, umur dan alamat. Saya akan paparkan foto, nama dan umur kanak-kanak serta
nama penyumbang di Facebook.
Apabila
Nari! Nari! terbit, maka senaskhah
buku akan dikirim/diserah kepada kanak-kanak berkenaan. Siapa cepat, dia dapat.
Sila
pastikan foto kanak-kanak yang layak sahaja dikemukakan bagi projek “Saya Mahu
#NariNari” ini. Saya yakin tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Mengapa saya mengadakan kempen ini? Saya datang daripada keluarga kurang berada. Sejak kanak-kanak, saya amat gemar membaca buku cerita. Akan tetapi, buku cerita adalah barangan mewah dan di luar kemampuan keluarga saya.
Saya percaya masih ramai kanak-kanak yang berdepan masalah sama. Maka, usaha kecil ini dibuat dengan bantuan/sumbangan individu berhati mulia seperti anda untuk menyumbangkan buku cerita bermutu kepada kanak-kanak yang meminati buku cerita tetapi tidak mampu membelinya.

Sama-samalah kita
menyumbang ke arah memupuk minat membaca karya bermutu dalam kalangan kanak-kanak
Malaysia. [MAKLUMAT BUKU DI SINI] [Hubungi Uthaya Sankar SB sebelum 30 September 2015 jika anda mahu turut menyumbangkan buku Nari! Nari! kepada kanak-kanak yang memerlukan.]