Monday, 13 October 2014

Cahaya Deepavali

Lima kanak-kanak daripada sebuah keluarga kurang berkemampuan di Taman Sri Muda, Shah Alam bakal merasai kemeriahan sambutan Deepavali (22 Oktober 2014) berkat sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama.
 
Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sedang dalam proses menyelenggarakan dan menyelaraskan usaha ini sejak sekitar dua minggu lalu selepas kes dirujuk oleh seorang rakan aktivis sosial, Janet Beins.
 
Saya selaku presiden Kavyan bersama-sama setiausaha, Perzeus James mengunjungi keluarga berkenaan dan melakukan wawancara pada 30 September 2014 untuk mengumpulkan maklumat.
 
Hal ini penting bagi memastikan Kavyan hanya meminta sumbangan daripada orang ramai untuk membantu individu dan keluarga yang benar-benar layak dan wajar dibantu.
 
Kavyan yang diasaskan pada 1999 pada umumnya terlibat dalam mengendalikan aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya di seluruh negara dengan kerjasama pelbagai pihak.
 
Sejak Jun 2014, Kavyan turut terlibat dalam hal-hal kebajikan berkat sokongan rakan-rakan yang tercari-cari saluran yang boleh dipercayai untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
 
Salah satu kejayaan sumbangan orang ramai berbentuk modal sosial (social capital) adalah Projek Sumbangan Makan Tengah Hari yang berlangsung sejak awal Julai 2014 di Rumah Kavyan selaku pusat aktiviti setempat.
 
Gerakan modal sosial merujuk kepada usaha orang ramai (masyarakat) bergabung tenaga bagi memperkasa usaha-usaha murni yang dirasakan gagal dilakukan oleh kuasawan, pemerintah dan pihak berwajib.
 
Kavyan juga menjadi orang tengah yang berjaya menghubungkan penduduk dengan Ahli Majlis Taman Sri Muda, Ruthira Surasan; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei; dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.
 
Kavyan turut cuba mendapatkan bantuan bagi kaum India daripada Pemuda MIC Kebangsaan, walaupun gerakan itu khabarnya tidak cukup peruntukan untuk memenuhi kebanyakan permintaan.
 
Berbalik kepada kisah keluarga tadi, ia terdiri daripada sembilan orang; iaitu dua warga emas, dua dewasa dan lima kanak-kanak.
 
[Makalah ini ditulis pada 11 Oktober 2014 dan disiarkan di The Malay Mail Online pada 13 Oktober 2014. Sila KLIK DI SINI untuk membaca makalah penuh. © Uthaya Sankar SB 2014. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan di Blog Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]