Saturday, 2 February 2013

Tentang Sugumaran

Masih ingat kes seorang pengawal keselamatan, C. Sugumaran, 40 tahun, mati di Hulu Langat pada 23 Januari 2013?
 
Sesampai saya di Taiwan (25 Januari 2013), ada pihak memaklumkan bahawa pihak tertentu menyerbu pejabat sebuah akhbar Tamil dengan “waran” dan mahu merampas komputer kerana akhbar berkenaan menyiarkan berita pembunuhan itu sehari selepas kejadian.
 
Khabarnya (ulang: khabarnya), seorang bekas presiden sebuah parti politik kaum India terpaksa masuk campur (menerusi telefon) untuk menghalang tindakan pihak tertentu yang menyerbu pejabat akhbar berkenaan.
 
Entahlah! Saya berada di Taiwan dan mustahil tahu kisah penuh, kan? Saya hanya sempat membaca laporan DI SINI dan DI SINI serta sumber-sumber lain sepanjang berada di Taiwan (25-31 Januari 2013). Mungkin rakan-rakan yang berada di Malaysia sepanjang minggu lalu ada maklumat lebih tepat.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!