Berita berdasarkan kenyataan media bertajuk
“Ridhuan Tee Perlu Didakwah” disiarkan
di akhbar Tamil Nesan pada 25
Februari 2013. Berikut adalah ringkasan berita berkenaan:
Ridhuan Tee Perlu Didakwah: Cadangan Uthaya Sankar
Pakar bahasa serta perunding media,
motivasi dan penerbitan, Uthaya Sankar SB mencadangkan supaya
pendakwah, Ridhuan Tee Abdullah (Tee Chuan Seng) didakwah (diberikan pendidikan agama Islam) berikutan rencana
bertajuk “Kesabaran umat Islam ada had” yang ditulisnya di akhbar Sinar Harian pada 18 Februari 2013.
Menurut Uthaya, walaupun wakil akhbar Sinar Harian sudah memohon maaf pada 22
Februari 2013 berikutan penyiaran rencana itu, Chuan Seng belum memohon maaf.
Uthaya juga berharap akhbar Sinar Harian akan kekal sebagai akhbar
yang disenangi dan menjadi pilihan pembaca pelbagai kaum, agama dan pegangan
politik.
“Saya tidak meminta Sinar Harian dan media lain memulaukan Chuan Seng; sebaliknya menggesa
orang ramai berhati-hati terhadap penyebaran anasir-anasir jahat yang cuba
mengugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya. Chuan Seng juga perlu
memohon maaf kepada umat Islam kerana tulisannya pada 18 Februari 2013 memberi
imej negatif mengenai orang Melayu dan Islam.