Saturday, 1 September 2012

Penulis Malaysia – 2

Allahyarham Dr Othman Puteh sesungguhnya memenuhi kriteria “patah tumbuh, hilang tak berganti” kerana selepas beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2003, belum ada penggiat sastera tanah air yang mampu menggantikan tempatnya. Sepanjang saya mengenali beliau, penulis dan penggiat sastera ini tidak mengamalkan perkauman. Sebaliknya, beliau membimbing dan menggalakkan penulis muda daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Rata-rata kelompok penulis yang lahir pada 1980-an dan 1990-an pasti pernah menerima suntikan semangat daripada tokoh ini. Kegiatan sastera melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) juga lebih ceria serta lebih bersifat inklusif semasa beliau masih ada. Harimau mati meninggalkan belang, Dr Othman pergi meninggalkan legasi. Selamat Menyambut Hari Malaysia! -- Rujuk juga: Baca Cerpen Dr Othman Puteh