Pertama sekali, sekalung ucapan terima
kasih atas kesudian rakan-rakan dan kenalan yang memberi sokongan terhadap
penerbitan Panchayat: Edisi Khas dengan sedia tampil
memberi sumbangan berbentuk tempahan awal (pre-order)
novel berkenaan.
Sesungguhnya saya sangat terharu dengan
sokongan yang diberikan. Inilah sebenarnya konsep “masyarakat berkebajikan” di
mana ramai individu/kenalan tampil memberi sumbangan dalam usaha membantu
merealisasikan impian saya menerbitkan sebuah novel.
Ingat: Tanpa sumbangan rakan-rakan
berkenaan, novel Panchayat: Edisi Khas mustahil dapat
terbit!
Sekiranya semua perkara berjalan lancar
seperti dirancang, novel Panchayat: Edisi Khas dijangka terbit
sebelum 31 Ogos 2012.
Harap maklum bahawa novel ini dicetak menggunakan wang yang disumbangkan rakan-rakan dan kenalan menerusi tempahan awal. Maka, saya tidak akan memberi naskhah percuma kepada sesiapa. Sila
KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut dan
tempahan.