30 Apr 2012

Rakaman Pengalaman Bersih 3.0

Bersih 3.0 yang penuh sejarah berlangsung pada 28 April 2012 dan laporan sebenar mengenainya boleh dibaca di pelbagai media alternatif; seperti Free Malaysia Today, The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Saya bercadang menulis artikel mengenai pengalaman beberapa individu – iaitu anda – yang menyertai Bersih 3.0  di Malaysia atau di mana-mana sahaja ia diadakan.

Panjang setiap tulisan (pengalaman) adalah antara 20 dan 100 patah perkataan sahaja. Tidak perlu panjang kerana saya akan menggabungkan catatan pengalaman sekitar lapan orang.

Nyatakan apa yang dilihat, apa yang didengar, apa yang dihidu, apa yang dirasai dan apa yang dialami semasa anda menyertai Bersih 3.0 yang penuh bersejarah itu.

Ingat: Ceritakan pengalaman anda tanpa mengutuk sesiapa.

Anda boleh juga menyatakan mengapa anda menyertai Bersih 3.0 serta di mana anda berhimpun.

Catatan anda perlulah dalam Bahasa Malaysia dan saya akan mengedit bahasa (jika perlu). Catatan dalam Bahasa Inggeris pula akan saya terjemahkan secara bebas ke Bahasa Malaysia.

Catatan pengalaman perlu dikirim sebagai mesej peribadi kepada saya menerusi Facebook atau hantar ke e-mel uthayasb@yahoo.com.my sebelum 5 Mei 2012.

Sila maklum bahawa kiriman yang sesuai akan dimuatkan dalam artikel yang saya tulis untuk disiarkan di media. Jangan kirim sekiranya anda tidak mahu pengalaman anda disiarkan.

Sekiranya anda ada merakam foto semasa menyertai Bersih 3.0, boleh juga dikirim (sekeping sahaja) untuk disiarkan bersama-sama artikel.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya menerusi talian 016-3288142 sebelum 5 Mei 2012.