Monday, 23 January 2012

Tentang Pak Samad - 4

Saya mengagumi kegigihan dan kesungguhan Datuk A. Samad Said dalam usaha mempertahankan gaya sastera yang tersendiri serta cara beliau mengangkat sosio-budaya masyarakat ke mata dunia melalui karya-karya yang diterbitkan. Beliau antara penulis yang menulis bukan berdasarkan khayalan atau ilusi ciptaan semata-mata, tetapi beliau menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan serta pembacaan yang luas. Datuk A Samad Said tidak menciplak melalui pengalaman dan pembacaan tetapi beliau mengulas dan mengolah ilmu yang ada sehingga ia menjadi karya yang kemas dan menarik. Semoga beliau terus menghasilkan karya yang menjana minda masyarakat untuk berfikir.

Zahimarni Hamzah (Mardau)


Pantai Dalam, Kuala Lumpur