“Pendirian Dr N. S. Rajendran, G. Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB adalah bahawa sekiranya segala perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kesalahan bahasa dan kesalahan fakta dalam novel Interlok edisi murid (DBP: 2010) tidak “dimurnikan” (disunting) seperti dicadangkan, maka novel berkenaan perlu dikeluarkan terus daripada dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) kerana melanggar syarat dan kriteria pemilihan buku teks sekolah sebagaimana ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.” – 4 Mac 2011