di atas bahukita dukung bahasa pertiwi
nazak dipijak diinjak
diludahi diracuni dicemari
kita yang bernama warga
dan di sana
mereka mengarak keranda
menuju pusara
yakin bahasa bonda sudah mati
dan tidak bererti
hanya menanti
ditanam disiram ditabur bunga kemboja
di simpang jalan
kepala lembu diheret merata
membaca mantera bahasa bangsa
langsung menghalang laluan kita
ubati bahasa kembali bernyawa
22 April 2010
Sila KLIK DI SINI untuk lebih banyak sajak.
No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!