Monday, 28 June 2010

Acara Tetap Diteruskan

Acara Baca Cerpen Kavyan 2010 pada mulanya dirancang dalam skala sederhana untuk dianjurkan dalam bentuk pertandingan yang menawarkan hadiah bahan bacaan (buku-buku terbitan Alaf21 serta langganan majalah-majalah terbitan Kumpulan Karangkraf) sebagai hadiah kepada peserta kanak-kanak, remaja dan dewasa.
.

Promosi Pertandingan Baca Cerpen Kavyan 2010 dimulakan pada 28 Mei 2010 tetapi sehingga tarikh tutup penyertaan pada 20 Jun 2010, sambutan amat dingin. Malah, ada juga peserta yang sudah mendaftar tetapi kemudian menarik diri.

.

Tidak mengapa. Pada 27 Jun 2010, acara tetap diteruskan; tetapi bukan dalam bentuk “pertandingan”. Sebaliknya sebagai acara baca cerpen yang memang sudah biasa dilakukan sebelum ini; sejak 2003.

.

Sambutan dan sokongan moral daripada rakan-rakan petugas dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memang amat menggalakkan. Mereka terus memberi nama pada pagi 28 Jun untuk memeriahkan majlis.

.

Bagaimanapun, apabila orang awam mula berani tampil mengambil bahagian untuk membaca petikan cerpen di pentas, wakil PPAS tadi memberi laluan kepada orang awam.

.

Devishi Prabha Sankari yang bersemangat untuk mengambil bahagian juga mengundurkan diri supaya dapat memberi laluan kepada orang awam; termasuk kanak-kanak berumur 7 dan 8 tahun.

.

Saya mengacarakan majlis manakala Prabhawathy Govindarajoo turut sempat membaca petikan cerpen pada acara ini yang berlangsung selama hampir dua jam, bermula 10:00 pagi.

.

Kesemua 15 peserta yang mengambil menerima sijil penyertaan dan cenderamata sumbangan PPAS serta buku sumbangan Kavyan. Foto para peserta boleh dilihat dalam album berlabel “Baca Cerpen Kavyan 2010” di Facebook dan sila KLIK DI SINI untuk membaca laporan ringkas mengenai acara berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!