"Program Sumbangan Buku dan Aktiviti Perkembangan Budaya Membaca” berlangsung di Hotel Kingwood, Sibu, Sarawak dari 30 September hingga 2 Oktober 2009.
Saya mewakili Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dalam mengendalikan aktiviti “Jom Bergaya dengan Buku!” pada pagi 1 Oktober di Tingkat 12, Hotel Kingwood, Sibu.
Seperti biasa, saya mengubahsuai aktiviti mengikut situasi. Rata-rata peserta mempunyai minat membaca karya sastera tetapi tidak mengenali saya dan para penulis kaum India.
Memandangkan saya ada membawa buku-buku Kathakali, Rudra Avatara, Surat Dari Madras, Siru Kambam, Orang Dimensi dan Hanuman: Potret Diri, maka buku-buku berkenaan dijadikan teks bacaan.
Selain peluang mengenali apa yang dimaksudkan dengan “baca cerpen” yang sering dianjurkan oleh Kavyan, para peserta juga mendapat peluang menonjolkan bakat membaca petikan cerpen di pentas.
(Foto-foto aktiviti boleh dilihat di rangkaian sosial Facebook saya.)
Perjalanan aktiviti memang amat meriah; sekaligus membuktikan bahawa amalan membaca bukanlah sesuatu yang membosankan.
(Salah seorang peserta – Frangkey anak Jonathan – memberikan nama “Samy Vellu” sebagai penulis karya sastera. Maka, mulai saat itu, dia dikenali sebagai “Samy” dan nama itu melekat!)
Akhirnya, melalui undian oleh para peserta sendiri, seramai 11 peserta terbaik dipilih untuk menerima hadiah buku cerita.
Aktiviti “Jom Bergaya dengan Buku!” adalah selaras dengan tujuan “Program Sumbangan Buku dan Aktiviti Perkembangan Budaya Membaca” iaitu memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai aktiviti galakan membaca.
Peserta terdiri daripada 70 murid dan pelajar dari SK Sibu Jaya, SK Sungai Durin, SJK (C) Thian Hua, SJK (C) Thian Chin, SMK Sibu Jaya, SMK Bawang Assan dan SMK Jalan Oya.
Antara nama peserta yang unik dan “baru” bagi saya ialah Teresa Rinda, Asun anak Sabang, Mildred Tanie, Alessandro Melepie anak Ricky, Alexander Alvin bin Ian, Antonius Bhanta anak Awi, Fanandos anak Andrew, Pilono Berandah ak Beruang, Nina anak Sudi dan Victoria Sella Liza anak Paul dari sekolah rendah.
Manakala nama-nama yang unik (bagi saya) antaranya ialah Churchill Selan ak Andrew, Hillary anak Andrew, Jelian anak Ubih, MacArthur Bantan ak Andrew, Tober Mekai anak Layang, Cinderella ak Francis Japong, Evelyn Dumang anak Muran, Baxter anak Damit, Frangkey anak Jonathan, Peter Idin anak Gundi, Charoline Shasha ak Puntang, Magdeline Chamanda ak Richard, Alieysia Sylvier bt Boss dan Vornica anak Chendan.
Betapa indah dan unik nama-nama ini!