Saturday, 20 June 2009

Readings di Seksan's

Peminat sastera – khususnya sastera Bahasa Inggeris – diundang menghadiri acara “Readings” yang merupakan acara bulanan yang menampilkan barisan penulis dan penggiat sastera yang dikenali pada peringkat “glokal”.

Acara akan datang adalah pada 27 Jun 2009 (Sabtu), bermula pukul 3:30 petang di Seksan’s (67 Jalan Tempinis Satu, Lucky Gardens, Bangsar) dan bakal menampilkan Alina Rastam, Jerome Kugan, Robert Raymer, Chuan Guat Eng dan Michelle Gunaselan.

Penyelaras “Reading”, Sharon Bakar mengundang saya mengambil bahagian selepas mendapat tahu mengenai penerbitan Kathakali; lalu saya bersetuju untuk turut serta pada Ogos 2009.

(Saya mengambil bahagian buat kali pertama pada 30 Ogos 2008 dan membaca cerpen “Cat2” dari Rudra Avatara.)

Haslina Usman dari UA Enterprises Sdn Bhd juga akan turut serta; dan dijangka membaca puisi-puisi arwah ayahnya, Sasterawan Negara Dato’ Usman Awang.

Untuk maklumat lanjut mengenai “Reading”, hubungi Sharon Bakar (017-2644956 atau sharonbakar@yahoo.com) atau layari Bibliobuli.

1 comment:

  1. Looking forward to it! Thanks dear friend.

    ReplyDelete

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!