Pada petang 9 Mei 2009, saya memenuhi undangan S.T. Bala untuk menjadi pengacara majlis pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Antara Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2009.Majlis anjuran bersama Fenomena Seni Pentas dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia berlangsung di Hotel Ancasa Kuala Lumpur.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Dato’Norliza Rofli yang turut menyampaikan berita gembira bahawa pihaknya akan terus menyokong penganjuran pertandingan ini.
Johan Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Antara Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan 2009 adalah SJK (T) Simpang Lima, Klang dengan teater bertajuk “Daulat Tuanku”.
Fenomena Seni Pentas merancang menganjurkan Bengkel Pengenalan Teater Untuk Guru-guru Sekolah Tamil pada Disember 2009.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Fenomena Seni Pentas atau hubungi talian 016-9163144 atau 019-6496962.
Tahniah semua yang terlibat. Saya sedia membantu apa saja bagi meneruskan martabatkan perpadaun di kalangan kita dalam bidang seni....Jika ada apa yang ingin dibantu jangan segan silu saya memang sedia membantu. Saya ada juga berlatih sajak bersama kawan-kawan lain dan terbukti berkesan....
ReplyDelete