28 Dec 2004

Kavyan Terus Komited Anjur Baca Cerpen

ACARA baca cerpen kini semakin sinonim dengan Yayasan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang begitu giat menjalankan kegiatan tersebut.

Usaha bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh Kavyan terbukti sekali lagi melalui Baca Cerpen Tunas Cipta 2 yang diadakan di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini.

Baca cerpen yang melibatkan 40 peserta itu menampilkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur yang membuktikan sastera mampu menjadi wadah perpaduan.

Di sebalik usaha membudayakan baca cerpen, kegiatan sastera ini masih secara relatifnya belum begitu menonjol dan perlu digiatkan.

Pada masa yang sama para peserta dan penganjur perlu membawa perubahan agar menjadi lebih menarik atau tidak bersifat senada.

Antara yang turut hadir memeriahkan baca cerpen Kavyan kali ini ialah Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Pengarah Jabatan Penerbitan DBP, Datuk Anwar Ridhwan.
(Utusan Malaysia, 27 Disember 2004)