21 Jun 2012

Dharma sebagai Norma Masyarakat

[Ajaran ini turut memainkan peranan mengekalkan persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat.]

Konsep hidup bermasyarakat sudah wujud dalam budaya penduduk India sejak bermulanya Tamadun Lembah Indus pada sekitar tahun 2500 Sebelum Masehi. Masyarakat India pada waktu itu terbukti sudah membentuk peraturan, norma, etika dan moral sebagai pegangan hidup bermasyarakat.

Segala peraturan yang disebut “dharma” dikaitkan pula dengan peraturan agama. Namun, perlu dinyatakan bahawa konsep “dharma” bukan sebahagian daripada ajaran agama Hindu. Sebaliknya, kedua-duanya seiring dalam membantu manusia mencapai kehidupan yang sempurna.

Sekiranya dihayati, perkara-perkara berkaitan “dharma” masih sesuai diguna pakai pada zaman moden ini. Apatah lagi apabila pelbagai masalah sosial dan keruntuhan moral dilaporkan berlaku dalam masyarakat.

Konsep “dharma” masih relevan kerana ajaran yang terkandung di dalamnya adalah – antara lain – berkaitan nilai kekeluargaan dan norma dalam masyarakat.

Peraturan dan ajaran “dharma” memainkan peranan penting dalam mengekalkan persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat. Tidak hairanlah terdapat teks berjudul Dharmasastra dalam budaya India yang khusus membicarakan konsep “dharma”. - Baca makalah penuh di Mandala Bicara.

(Uthaya Sankar SB sering memaparkan keunikan budaya kaum India menerusi cerpen-cerpen Bahasa Malaysia yang dihasilkannya. Sila rujuk senarai cerpen DI SINI. Makalah ini disiarkan di Free Malaysia Today pada 7 Mei 2012. © Uthaya Sankar SB. Sila rujuk juga makalah bertajuk “Dharma sebagai Kod Etika” untuk pemahaman lanjut berhubung topik ini.)