2 Dec 2010

Bahasa Malaysia Bahasa Rojak

Demikian pandangan Nassury Ibrahim di blog beliau pada 7 November 2010. Berikut rumusan beliau:
..

Bahasa Melayu merupakan bahasa beraras tinggi, bertamadun dan bermaruah. Manakala, bahasa Malaysia ialah bahasa rojak, beraras rendah, bukan bahasa ilmu, jauh daripada bahasa bermaruah dan bertamadun. Ia hanya milik kumpulan partai tertentu sahaja dan digerakan [sic] oleh orang atau bangsa yang juga tidak bermaruah.

..

Keseluruhan pandangan dan hujah beliau boleh dibaca DI SINI. Apa yang penting, Nassury Ibrahim tahu dan sedar akan kewujudan istilah “Bahasa Malaysia”. Cuma, sayangnya, beliau semacam tidak dapat membezakan antara “Bahasa Malaysia”, “bahasa rojak” dan “bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia”. Sayang, seribu kali sayang.
..
Bandingkan juga dengan pandangan Rahman Shaari DI SINI dan baca juga pandangan seorang lagi pembenci istilah "Bahasa Malaysia" DI SINI.