Saya sentiasa berusaha memasukkan pandangan rakan-rakan pada bahagian “Pengantar” buku. Sepertimana saya tegaskan di The Edge (12 April 2021), “I don’t consider anyone as my fan” kerana sesiapa yang membaca karya saya adalah rakan (“friend”).
Projek buku saya untuk tahun 2022 ialah sebuah kumpulan esei — baca di sini.
Bagi menambah nilai buku berkenaan, pandangan rakan-rakan berikut dimasukkan pada bahagian “Pengantar” kumpulan esei Suvarna Bhumi:
— Anuradha
Chelliah (Banting, Selangor)
— KA.S.
Annadurai (Petaling Jaya, Selangor)
— Dr. Faridah
binti Nazir (Pagoh, Johor)
— Nalina
Devi a/p Applanaidu (Sungai Petani, Kedah)
— Veralona
Mollon Perrin (Perigueux, Perancis)
— Hafiz Syarafi
Samsudin (Shah Alam, Selangor)
— Hafiz Hisan
(Puchong, Selangor)
— S. Ghanthimathi
(Sungai Buloh, Selangor)
— Prem
Kanna Dorairaj (Rawang, Selangor)
— Adam
Arokia Ammaradass (Taiping, Perak)
— Ngan
Siew Sin (Alor Gajah, Melaka)
— Saraswathy
Sivangnanam (Rawang, Selangor)
— Murali Mohan (Pasir Gudang, Johor)
Memandangkan buku ini sebuah kumpulan esei, saya telah mengundang rakan-rakan mengemukakan pandangan berkaitan dengan esei, rencana, makalah, artikel, dan kritikan yang saya tulis.
Esei saya turut terkandung dalam buku Malaiur Manikam (2015) dan Mandala Bicara (2016), selain tersiar di akhbar, majalah, dan portal dalam talian sejak tahun 1990-an.
Sila [klik di sini] untuk senarai topik esei dalam buku Suvarna Bhumi.
* * *
Berikut syarat dan panduan yang ditetapkan untuk komen pembaca:
1. Komen atau pandangan anda tentang esei-esei saya secara umum.
2. Jangan mengulas mana-mana esei secara khusus!
3. Jangan beri komen tentang karya kreatif (cerpen, novel).
4. Minimum 20 perkataan dan maksimum 50 perkataan.
5. Komen ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.
6. Hantar ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya).
7. Perlu disertakan nama dan tempat tinggal (bandar & negeri).
8. Setiap orang hanya boleh mengirim satu komen. Tidak boleh ganti/tukar dengan komen baharu.
9. Komen terpilih akan disunting sebelum dimasukkan dalam buku.
10. Komen atau pandangan juga akan dikongsi di media sosial bagi tujuan promosi.
11. Tarikh tutup: 25 November 2021 (9:00 malam).