Sesi bimbingan ini merupakan susulan kepada Sesi Penulisan Cerpen SPP (1 & 8 Jun 2021) serta sebahagian daripada Siri Ceramah Penulisan yang bertujuan membantu anda yang mahu menghasilkan cerpen bermutu dalam Bahasa Malaysia.
Tarikh: 31 Julai 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 – 11.00 malam
Platform: Google Meet
Pengeras: RM20
Prosedur yang wajib anda patuhi adalah seperti berikut:
1. Anda membayar pengeras RM20 (tidak dikembalikan) ke akaun 8002429656 (Uthaya/CIMB) sebelum 20 Julai 2021 (9:00 malam).
2. Anda mengirim maklumat berikut ke WhatsApp 011-11411952: Nama Penuh, Tarikh Bayaran, Masa Bayaran sebelum 20 Julai 2021 (9:00 malam).
3. Anda menulis bahagian awal (bukan keseluruhan) sebuah cerpen asli sepanjang 100 perkataan (minimum) hingga 500 perkataan (maksimum) sahaja menggunakan Microsoft Word. Ingat: Ini hanya permulaan cerpen, bukan keseluruhan cerpen.
4. Jika manuskrip anda sudah dibincangkan pada Sesi Penulisan Cerpen SPP (8 Jun 2021) atau Sesi Bedah Manuskrip Cerpen 3 (3 April 2021), maka anda boleh (jika mahu) menyambung cerita dan kirim bahagian terbaharu sahaja. Panjang bahagian sambungan yang dikirim adalah minimum 100 perkataan dan maksimum 500 perkataan. Ingat: Jangan kirim Bahagian 1 + Bahagian 2.
5. Anda wajib menyemak draf anda dengan teliti bagi memastikan tidak ada kesalahan bahasa.
6. Anda mengirim draf cerpen itu (100–500 perkataan sahaja) ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) sebelum 20 Julai 2021 (9:00 malam). Draf yang melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan tidak akan dilayan.
7. Tema cerpen adalah bebas tetapi jangan buat saya menguap, mengantuk, dan tertidur membaca cerita yang anda tulis. (Jika anda memilih tema klise, cuba sampaikan dengan cara yang tetap menggoda.)
8. Anda akan menerima pengesahan daripada saya mengenai penerimaan bayaran (pengeras) dan draf cerpen.
Penyertaan lewat tidak dilayan.
9. Saya akan menyemak aspek tatabahasa (ejaan, tanda baca, imbuhan, dan sebagainya) dan mengirim kembali draf kepada anda menerusi e-mel selewat-lewatnya pada 22 Julai 2021. (Langkah ini bagi memastikan kesalahan bahasa tidak perlu lagi dibincang semasa sesi berlangsung.) Draf yang diterima selepas pukul 9:00 malam, 20 Julai 2021 tidak akan disemak.
10. Anda wajib membuat pembetulan tatabahasa dan mengirim semula draf berkenaan ke uthayasb@gmail.com sebagai lampiran (attachment) selewat-lewatnya pada 27 Julai 2021 (9:00 malam).
11. Pada pagi 30 Julai 2021, kesemua draf cerpen akan dikirim kepada anda untuk dibaca. Sila hormati hak cipta dan hak moral; jangan kongsi karya dengan orang luar. (Draf cerpen yang diterima selepas pukul 9:00 malam, 20 Julai 2021 akan diedar tanpa sebarang pembetulan/semakan.)
12. Pada 31 Julai 2021, sekitar 8:50 malam, anda akan menerima pautan (link) undangan menerusi WhatsApp untuk menyertai sesi Google Meet.
13. Anda wajib mencetak draf cerpen anda sendiri dan sediakan pen untuk mencatat nota sebelum mendaftar masuk bagi sesi di Google Meet. (Tidak perlu mencetak draf cerpen peserta lain.)
14. Draf cerpen anda akan dibedah, dikritik, dikomen, diulas, dan dibincangkan pada sesi. Saya akan memberi saranan ke arah menjadikan cerpen anda sebuah karya bermutu. Peserta lain juga akan berkongsi pandangan kerana sudah membaca draf berkenaan. Ingat: Individu yang tidak mahu dikritik tidak layak menyertai mana-mana sesi bimbingan yang saya kendalikan.