Walaupun dua minggu sudah berlalu [Oktober 2013] sejak hakim
Mahkamah Rayuan membuat keputusan berhubung pertikaian terhadap hak penggunaan
kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald, polemik masih
berterusan.
Perkembangan ini secara nyata membuktikan
bahawa masih ramai anggota masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan
berfikiran rasional serta tidak mahu menyempitkan pegangan bahawa kalimah Allah
– dan Islam, tentunya – tidak hanya eksklusif bagi kelompok tertentu.
Sambil kita meneruskan dialog (perbincangan;
bukan pertikaian) berhubung isu yang menyentuh hak setiap individu yang ada
pegangan agama, usah kita lupa bahawa tindakan meletakkan “hak cipta” dan “hak
eksklusif” mungkin tidak akan berakhir dengan kalimah Allah sahaja.
Berwaspada dan
bersiap-sedialah bahawa dalam masa terdekat, akan ada pula usaha, gesaan,
paksaan dan manipulasi licik ke arah meletakkan hak cipta dan hak eksklusif ke
atas istilah Tuhan.
[Tahun 2021 — DBP nafi hak Bukan Islam
guna “Tuhan”]
Bayangan
awal terhadap kemungkinan ini sebenarnya sudah kelihatan secara amat nyata dan
agak rasmi semasa kontroversi novel Interlok: Edisi
Murid berlangsung.
Saya antara individu yang dilantik oleh
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggotai Panel Bebas Mengkaji
Pindaan Novel Interlok pada Februari 2011.
Walaupun tumpuan ramai – termasuk ahli panel,
anggota masyarakat, politikus dan media – adalah terhadap penggunaan beberapa
frasa yang didapati menyentuh sensitiviti kaum India,
sebenarnya ada beberapa lagi isu tersembunyi (tersirat) yang mungkin terlepas
daripada pandangan.
Dalam edisi asal novel berkenaan yang ditulis
oleh Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah), istilah yang
digunakan adalah Tuhan.
[Esei penuh boleh dibaca dalam buku Suvarna Bhumi (2022). Didedahkan juga sikap fasis, rasis, dan subversif DBP yang menghina serta menafikan hak umat Bukan Islam.]