“This
book’s main argument is that the ruling Barisan Nasional’s (BN’s) abuse of
religion for political ends has not only ruined the administration of the
country but has also given Islam a bad name.”
–
Preface, Assalamualaikum
Saya merujuk kepada tindakan terkini Kementerian Dalam
Negeri (KDN) mengharamkan buku Assalamualaikum:
Observations on the Islamisation of Malaysia (2015) tulisan Zaid Ibrahim. [Berita 1] [Berita
2] [Berita 3] [Berita 4]
Pada pandangan saya sebagai seorang pengkaji bahasa, sastera, budaya, seni dan agama, tindakan ini merupakan langkah tidak cerdik serta saya melihat tindakan KDN sebagai usaha terancang mengawal pemikiran masyarakat.
Selalunya, KDN berminat mengharamkan buku versi Bahasa
Malaysia manakala versi Bahasa Inggeris tidak dipedulikan. Misalnya, buku Asal-usul Spesis diharamkan manakala The Origin of Species karya Charles
Darwin tidak menjadi mangsa.
Baca juga – Buku-buku Faisal Tehrani diharamkan dan Pengharaman Buku Tindakan Islamik? dan Readers
Are Voters Too dan Penyokong The Patriots Mahu Malaiur Manikam Diharamkan dan Kerajaan Takut Orang Islam Berfikir? dan Is Book Banning Ever the Answer?
Saya memiliki senaskhah buku Assalamualaikum
dan sudah membacanya dengan penuh minat pada Januari 2016. Pembacaan buku itu
menambah ilmu dan pengetahuan saya tentang isu-isu yang diperkatakan.
Langsung tidak timbul soal “memudaratkan ketenteraman awam”
atau “menggemparkan fikiran orang ramai”. KDN sepatutnya meraikan kepelbagaian
pandangan dan hujah ilmiah. Bukannya mengawal percambahan minda dengan
menganggap penulis dan pembaca seperti kerbau yang boleh dicucuk hidung dan
ditarik ke mana-mana mengikut kemahuan kuasawan.
Sebagai individu yang sudah menghadam buku Assalamualaikum, saya tidak nampak
apa-apa alasan yang wajar untuk mengharamkan dan sekali gus menghalang
masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia membaca buku berkenaan.
[Mesti Baca - KDN Cabul Kebebasan Bersuara]
[Mesti Baca - KDN Cabul Kebebasan Bersuara]
Saya merakamkan rasa kecewa kerana pihak berkuasa
seolah-olah menyalahgunakan kuasa untuk mengongkong minda masyarakat, dan
tindakan ini amat bertentangan dengan hak asasi individu untuk menuntut ilmu.
[Uthaya Sankar SB adalah aktivis bahasa
dan sastera, pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), penerima Hadiah Sastera Perdana
Malaysia (1996/97, 1998/99), dan penerima Anugerah Duta Keamanan (2008).
Pandangan ini disiarkan di Malaysiakini
pada 28 Disember 2017. Turut disiarkan di The Malay Mail Online pada 28
Disember 2017 dengan tajuk “Tidak Cerdik Haramkan Buku”. Petikan
pandangan dalam Bahasa Inggeris juga disiarkan di Berita Daily pada 28 Disember
2017.]