3 Jul 2017

Ikan Patin dan Beruang Besar

Masih mencari buku bermutu untuk anak-anak?

Saya sedang dalam proses menerbitkan sebuah kumpulan cerpen kanak-kanak. Walaupun saya menulis cerpen kanak-kanak sejak tahun 1992, ini merupakan kumpulan cerpen kanak-kanak saya yang pertama; kerana buku kanak-kanak sebelum ini – Nari! Nari! dan Munis Dengan Harimau – adalah kumpulan cerita rakyat.


Buku yang sedang dalam proses penerbitan ini memuatkan 10 cerpen kanak-kanak yang pernah tersiar di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kumpulan Media Karangkraf.


Judul buku diputuskan pada 25 Julai 2017: Ikan Patin dan Beruang Besar. Buku siap dicetak pada 11 November 2017. Diulang cetak pada 6 September 2024.


Judul: Ikan Patin dan Beruang Besar
ISBN: 978-967-13624-2-6
Genre: Cerpen (cerita pendek, fiksyen, cereka, karya kreatif) 
Pembaca Sasaran: Kanak-kanak [Jangan Biar Minda Anak Berkarat]
Petikan: [Baca Petikan Cerpen di Sini]
Bahasa: Bahasa Malaysia
Tebal: 140 halaman (termasuk prelim)
Penulis: Uthaya Sankar SB
Pelukis: Teh Hun Yi 
Penyunting Bersekutu: [Senarai Di Sini]
Penerbit: Uthaya Sankar SB (978-967-13624)
Penyumbang: [Senarai di Sini]
Pengedar: Uthaya Sankar SB
Pelancaran: [Maklumat di Sini] - 19 November 2017
Sumbangan: [Hadiah Buku untuk 100 Kanak-kanak] [Hadiah Buku pada 2024]
Aktiviti: [Mewarna dan Bercerita] - 3 Mac 2018
Harga Pasaran: RM20.00 senaskhah
Harga Diskaun: [Sila Rujuk di Sini]

Saya mendapat sokongan orang ramai dalam bentuk modal sosial (social capital) bagi menampung sebahagian kos mencetak buku ini.


Sepertimana dilakukan bagi buku Panchayat: Edisi Khas (2012), Kisah Dari Siru Kambam (2013), Hanuman: Suara Hati (2013), Pulau Pendatang (2015), Nari! Nari! (2015) dan Mandala Bicara (2016), nama para penyumbang akan dinyatakan dalam buku.

[Klik judul buku-buku di atas untuk melihat senarai nama penyumbang]


Penghargaan ini amat wajar kerana buku-buku berkenaan mustahil terbit tanpa sokongan orang ramai dalam bentuk modal sosial (social capital) atau crowdfunding.


Sumbangan modal sosial pada kali ini juga diperlukan dalam bentuk tempahan awal berbayar (paid pre-order). Buku kumpulan cerpen kanak-kanak ini akan dikirim melalui PosLaju ke mana-mana alamat di Malaysia sebaik terbit.

Harga tempahan awal berbayar sudah tamat pada 31 Oktober 2017. 

[SEMAK STOK BUKU DI SINI]


Nama setiap individu yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 11 November 2017 akan dipaparkan secara kekal di blog, sebagai tanda penghargaan. Nama individu yang membuat tempahan awal berbayar sebelum 30 September 2017 akan dicetak dalam buku. [Lihat Senarai Nama Penyumbang]


Hal ini amat wajar kerana buku cerpen kanak-kanak yang sedang diusahakan ini mustahil terbit tanpa sokongan orang ramai dalam bentuk modal sosial.


Sekarang, sudikah anda turut membantu usaha penerbitan kumpulan cerpen Bahasa Malaysia ini dengan membuat tempahan awal berbayar? Sumbangan anda akan membantu saya menampung sebahagian kos mencetak buku ini. 


NOTA: Beberapa individu budiman turut tampil menaja buku untuk dihadiahkan kepada kanak-kanak yang menyertai program Kavyan, termasuk Projek Komuniti Kavyan. Penaja menyumbangkan RM10 manakala penulis/penerbit menanggung baki RM10. [Maklumat di sini] [Sumbangan buku di sini] Nama para penaja terbabit akan turut disenaraikan sebagai penyumbang dalam buku. - [LIHAT DI SINI

Majlis Pelancaran dan Baca Cerpen Kanak-kanak - [RUJUK DI SINI

Perkembangan proses penerbitan buku ini akan dilakukan menerusi catatan di blog ini dan Facebook dari semasa ke semasa.

Ilustrasi oleh: Teh Hun Yi - [Draf Ilustrasi] - [Lihat Ilustrasi]


Sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.