Judul: Sayang Salmah – Sebuah Antologi Skrip Filem
Penulis: Mahadi J. Murat
Tahun terbit: 2015 (Cetakan Kedua)
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Tebal: 280 halaman
HargaPasaran: RM38.00

Turut disertakan tiga buah skrip oleh Dr. Mahadi J. Murat;
iaitu Biarkan Burung Menyanyi, Malam Dingin di Cameron Highlands dan Mencari Merdeka yang membawakan genre
dan cerita yang berbeza.
Drama Biarkan Burung
Menyanyi berunsur humor dan mengisahkan seorang remaja yang tidak dapat
menerima hakikat ibunya berkahwin dengan seorang lelaki yang telah menyebabkan
kematian bapanya.
Manakala, Malam Dingin
di Cameron Highlands pula sebuah kisah cinta dua insan yang berpisah dan
bertemu semula. Sementara itu, Mencari
Merdeka berkisar dua generasi muda berlainan keturunan yang menyambung
perkongsian perniagaan bapa mereka dalam suasana dan latar belakang yang baharu
dan penuh cabaran.

Skrip penuh yang termuat dalam buku ini juga boleh dijadikan
panduan oleh penulis skrip muda yang memerlukan bimbingan berkaitan format
penulisan skrip filem/drama.
Beli
Sayang Salmah [DI SINI]