7 Mar 2011

Sambutan Hari Jadi

Terima kasih kepada semua yang telah sudi dan berbesar hati memenuhi undangan untuk hadir menyerikan sambutan hari jadi Devishi Prabha Sankari di KFC Kemuning Utama, Shah Alam pada petang Ahad, 6 Mac 2011.
.

Hari jadi kesembilan Devishi adalah pada Jumaat, 4 Mac 2011 tetapi sambutan diadakan dua hari kemudian untuk memudahkan rakan-rakan dan kaum keluarga hadir sama memeriahkan majlis.

.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah kanak-kanak yang hadir dan inilah yang sebenarnya diharapkan. Bagi saya secara peribadi, suasana pada kali ini adalah amat berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 2010, seperti saya ceritakan sebelum ini.

.

Sejumlah seratus foto yang dirakam secara amatur menggunakan telefon bimbit boleh dilihat oleh rakan-rakan Facebook saya DI SINI untuk berkongsi suasana sambutan yang sederhana tetapi meriah.

.

Semasa sambutan berlangsung, Devishi masih sempat bertanya kepada saya jika abangnya, Ganesan Duraisamy sudah sampai dari London. Malangnya, Ganesan masih belum sempat pulang.

.

Kehadiran Chicky ternyata menarik perhatian kanak-kanak yang menghadiri jamuan hari jadi. Pelbagai permainan dan aktiviti yang sesuai bagi kanak-kanak diuruskan oleh kakitangan KFC.

.

Bagi golongan dewasa pula, inilah masanya untuk berbual dengan kaum keluarga yang sudah lama tidak berjumpa. Secara tidak langsung, sambutan hari jadi ini umpama Hari Keluarga Kavyan yang pernah diadakan pada 28 Mac 2010! Lihat foto DI SINI.

..

Senarai yang panjang diperlukan untuk mencatatkan nama kesemua tetamu yang hadir. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu yang memenuhi undangan untuk menjadikan sambutan hari jadi Devishi amat istimewa dan bermakna.