Apa khabar, adik-adik? Mulai keluaran Mei 2010, ruangan khas “Cereka UPSR” diwujudkan dalam majalah e-baca untuk memberi bimbingan kepada adik-adik mengenai panduan menulis karangan tidak berformat. Panduan ini pasti berguna bagi adik-adik yang berminat menulis karangan menggunakan gaya penulisan kreatif.
.
Adik-adik tentu tahu bahawa Bahagian B, Kertas 2 (Penulisan) subjek Bahasa Malaysia UPSR menguji kemahiran adik-adik menulis karangan berformat dan tidak berformat.
.
Tiga tajuk akan diberikan dan adik-adik perlu memilih satu sahaja tajuk untuk menulis sebuah karangan yang panjangnya adalah sekurang-kurangnya 80 patah perkataan.
.
Isi karangan diperuntukkan 10 markah manakala aspek bahasa diberi 20 markah. Maknanya, selain daripada isi, adik-adik amat perlu menitikberatkan aspek bahasa seperti struktur ayat, kosa kata, imbuhan, tanda baca dan ejaan. [PANDUAN FORMAT BAHARU 2016 - KLIK DI SINI]
.
(Panduan ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB berdasarkan Bengkel Cereka UPSR anjuran Kavyan dan disiarkan dalam majalah e-baca, Mei 2010. Ikuti Bahagian Dua - KLIK DI SINI.)