Sementara itu, berikut rentetan beberapa peristiwa penting berkaitan Gaza yang boleh membantu kita lebih memahami isu di sana. Maklumat berikut disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 3-7 Ogos 2010.
11 September 2005 - Israel memindahkan sekurang-kurangnya 8,000 penduduknya dari Genting Gaza dan pendudukan selama 40 tahun berakhir selepas Israel menarik semula pasukan tentera dan pembongkaran kemudahan ketenteraan di Gaza.
15 November 2005 - Perjanjian Pergerakan Akses (AMA) ditandatangani oleh Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA), menetapkan Rafah dan semua titik persimpangan ke Gaza beroperasi secara terus-menerus dan Israel membenarkan pergerakan antara Tebing Barat dan Gaza.
25 November 2005 - Terminal Rafah dan Mesir dibuka untuk memilih ahli di bawah AMA. Kesatuan Eropah (EU) dan Misi Bantuan Sempadan (BAM) mengawasi kawalan sempadan.
Januari 2006 - Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon diserang strok dan Ehud Olmert menjadi pemangku Perdana Menteri.
25 Januari 2006 - Hamas memenangi kerusi terbanyak dan mengalahkan Fatah dalam Pilihan Raya Parlimen Palestin.
30 Januari 2006 - Kuartet yang terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Rusia menetapkan tiga syarat untuk Hamas mendapatkan bantuan antarabangsa: mengecam Israel, meninggalkan kekerasan dan bersetuju dengan perjanjian sebelum yang ditandatangani.
Februari 2006 - Israel membuat keputusan menahan berjuta-juta dolar daripada pendapatan cukai bulanan yang perlu dibayar kepada PA.
12 Mac 2006 - Israel menutup Erez dan hanya pemegang permit, pekerja perubatan dan bantuan perubatan serta rakyat Palestin dibenarkan menyeberangi sempadan Gaza-Israel.
(Disiarkan di halaman Global, Sinar Harian, 3 Ogos 2010) - Bersambung – DI SINI