Ruang siber ternyata tiada sempadan dan menyimpan pelbagai “bahan arkib” yang tidak disangka boleh ditemui semula.
.
Mujurlah pelbagai makalah saya turut dimuat naik ke ruang siber sejak 2001. Pada mulanya, saya menggunakan lama sesawang Geocities yang sudah “tiada” sejak 26 Oktober 2009.
.
Namun, mujurlah, rupa-rupanya pelbagai bahan yang saya muat naik itu sebenarnya masih “berterbangan” di ruang siber.
.
Semasa mencari bahan-bahan lama, saya turut menemui sebuah makalah lama yang saya sendiri terlupa mengenai kewujudannya!
.
Makalah bertajuk “Budaya Tradisional dan Kelainan Generasi Muda” saya tulis atas permintaan untuk siaran akhbar Kosmo! Dan disiarkan pada 8 September 2004.
.
Sila KLIK DI SINI untuk membaca makalah berkenaan.