Saya lakukan demikian kerana saya tidak mahu “menyusahkan” editor bertugas yang tentu sahaja ada 1008 tugas dan tanggungjawab lain untuk dilaksanakan.
“Syarat” manuskrip kemas juga saya letakkan bagi sesiapa yang berminat mengirim manuskrip cerpen kepada saya untuk dinilai dan diberi komen. [Baca mengenainya DI SINI.]
Selain tidak mahu melayan bakal penulis yang bakal menjadi “penulis malas”, saya juga sentiasa percaya bahawa kita perlu berusaha memudahkan urusan bagi orang lain; sebagaimana Tuhan permudahkan pelbagai urusan bagi kita dalam kehidupan seharian.
Sedangkan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Agung “sudi” dan “sanggup” permudahkan urusan untuk hamba-hamba-Nya, siapalah kita!
Atas dasar itulah juga saya hanya tersenyum apabila pelbagai pihak mempolemikkan tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku urus setia Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) meminta para sasterawan (penulis karya sastera) mengirimkan salinan karya untuk dinilai bagi HSPM.
Permintaan itu tidaklah bermakna Urus Setia HSPM tidak membuat kerja. Saya pasti dan yakin bahawa mereka berusaha sedaya upaya mencari dan mengumpul karya-karya dari pelbagai media untuk diserahkan kepada panel penilai.
Katakanlah (contoh sahaja)
Katakan Urus Setia HSPM sudah sedia mengumpul empat daripada
Memang mudah mencari kesalahan, kesilapan dan kelemahan.
Bagi saya pun “mudah” sahaja. Saya berusaha permudahkan urusan bagi orang lain, sebagaimana Tuhan yang Maha Pemurah permudahkan pelbagai urusan bagi saya; selain menganugerahi saya bakat menulis.