31 Aug 2023

Lepak Menulis Rencana di Anak Baba

Lima (5) individu berumur minimum 20 tahun yang berminat menulis rencana (esei, karangan, makalah, pendapat, catatan) Bahasa Malaysia dipelawa menyertai program bimbingan penulisan ini. Rencana terpilih disasarkan untuk disalurkan ke akhbar, majalah, dan portal dalam talian (online).

 

Acara: Lepak Menulis Rencana di Anak Baba

Tarikh: 22 Oktober 2023 (Ahad)

Masa: 11.00 pagi – 3.00 petang

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

 

Untuk peserta berumur 14-19 tahun, sila rujuk [Lepak Menulis di Anak Baba]

 

Pengisian program

 

11:00 pagi

Peserta memperkenalkan diri (menulis biodata - contoh)

Sesi sumbang saran (brainstorming)

[Peserta wajib datang dengan catatan idea]

Komen dan cadangan pembimbing

 

12:00 tengah hari

Sesi menulis secara individu

(dipantau oleh pembimbing)

 

1:00 tengah hari

Makan tengah hari

 

1:30 tengah hari

Peserta membaca rencana masing-masing

Komen dan cadangan peserta lain

Komen dan cadangan pembimbing

 

2:30 petang

Peserta membaiki rencana masing-masing

 

Pemilihan Peserta

1. Individu berumur minimum 20 tahun sahaja

2. Berminat menulis rencana Bahasa Malaysia

3. Mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia

4. Mampu memberi tumpuan penuh sepanjang sesi

5. Berdisiplin, sopan, dan akur pada peraturan

6. Boleh patuh pada Waktu Kavyan

7. Sedia menyertai program sepenuhnya (bukan datang lewat, balik awal)

8. Peserta yang mendaftar tetapi gagal hadir tidak dibenarkan menyertai sesi seterusnya

9. Individu yang merupakan pembimbing mana-mana bengkel penulisan tidak layak menjadi peserta program ini


[Foto-foto semasa sesi] - [Video 1] - [Video 2]

Senarai Peserta

1. Malini Lakshmi Bai

2. VK Ezhilarasi Velautham

3. Thivyajayanthi Nair

4. Jumaahtun Abdul Ghani

5. Victor Low


Makan-minum

Makan tengah hari ditaja oleh pembimbing. Peserta boleh membeli makanan/minuman tambahan dan bayar sendiri di kaunter.

 

Peralatan

Peserta wajib membawa (1) buku catatan/nota, (2) alat tulis, dan (3) komputer riba. Data internet tidak diwajibkan tetapi digalakkan jika peserta mahu menyemak apa-apa di internet.

 

Pembimbing

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. [Biodata penuh]

 

Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila kirim nama penuh dan maklumat diri (umur, nombor telefon, alamat rumah, dan alamat e-mel) yang ditaip kemas ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup lima (5) peserta.