30 Dec 2011

Dunia Faksyen Kalki

Bagi pengarang sastera Tamil – di Tamil Nadu mahu pun di Malaysia – Kalki adalah nama pengarang yang “wajib” diketahui.

Kecintaan Kalki terhadap Bahasa Tamil amat disanjung sehingga wujud istilah “Kalki Tamil” yang merujuk pada gaya penulisan Kalki yang asli serta berakar-umbikan linguistik tradisional dan latar tempatan (Tamil Nadu).


Saya bergantung pada terjemahan karya sastera dunia ke Bahasa Inggeris untuk mampu menikmatinya sebagai santapan minda. Tentu sahaja saya turut menunggu “peluang” membaca karya-karya Kalki; khususnya cerpen untuk lebih memahami ideologi beliau.


Mujurlah cucu kepada Kalki, Gowri Ramachandran, menyedari perlunya karya-karya pengarang itu diterjemah ke Bahasa Inggeris supaya mampu dibaca khalayak seluruh dunia.


Akhirnya, Gowri menterjemah sejumlah dua belas cerpen ke Bahasa Inggeris untuk diterbitkan dengan judul Kalki: Selected Stories (1999) sempena ulang tahun keseratus kelahiran Kalki.


Membaca versi asal dalam Bahasa Tamil mungkin merupakan pilihan terbaik. Namun, versi terjemahan oleh Gowri adalah sebaik-baik terjemahan minda kreatif Kalki kerana dilakukan dengan penuh teliti.


Maka, kini sudah ada peluang bagi peminat karya sastera di luar lingkungan khalayak yang menguasai Bahasa Tamil untuk turut menikmati dan menghayati sejumlah cerpen yang dihasilkan Kalki atau nama sebenarnya R. Krishnamurthy (9 September 1899 – 5 Disember 1954).


Saya menemui buku berkenaan pada 6 November 2004 dan terus membelinya untuk dijadikan koleksi amat bernilai memandangkan Kalki diakui sebagai perintis sastera moden Bahasa Tamil.


Rencana penuh boleh dibaca dalam Kumpulan Esei 2024.


(Ulasan ini ditulis oleh Uthaya Sankar SB dan disiarkan di Free Malaysia Today pada 9 Disember 2011. Sila KLIK DI SINI untuk huraian lanjut mengenai Kalki dan sila KLIK DI SINI untuk maklumat mengenai ruangan ulasan buku.)