6 Jul 2009

Kathakali di Silverfish Books

Kathakali: Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia (2009) kini boleh juga dibeli di Kedai Buku Silverfish, 58-1 Jalan Telawi, 59100 Bangsar Baru.

Sebanyak 23 naskhah diserahkan ke kedai buku ini pada 6 Julai 2009, 7:30 malam bagi memenuhi permintaan golongan peminat buku bermutu yang sering berkunjung ke kedai buku berkenaan.

Silverfish Books yang dimiliki oleh Encik Raman Krishnan baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10 pada minggu lalu.
.
Saya mungkin menyertai Silverfish Books’ Writers’ Forum pada 1 Ogos 2009 (Sabtu), 2:30 petang untuk membicarakan Kathakali.