Tuesday, 3 May 2016

Serbu dan Debat

Saya akan berada di gerai DuBook Press (A3089-A3098, Dewan A) pada 8 Mei 2016 (Ahad) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di MAEPS, Serdang.

Khabarnya ada kumpulan yang merancang untuk menyerbu gerai DuBook Press pada hari berkenaan untuk berdebat dengan saya mengenai buku Malaiur Manikam (2015).

Bukan hanya orang Melayu-Islam. Khabarnya orang India-Hindu juga mahu berdebat kerana tidak puas hati tentang pelbagai perkara yang saya tulis.

Baguslah. Amalan “Beli. Baca. Bahas” amat digalakkan.

Cuma, jangan pula ada yang mahu berbahas tetapi hanya membaca judul buku, tajuk makalah atau “selak sepintas lalu” buku ini.

Nota: Kumpulan yang cakap berapi-api itu ternyata tidak muncul. Dalam perkembangan lain, baca "Pendedahan Pentadbir The Patriots" untuk sedikit pencerahan.