26 Dec 2014

Madu dalam Quran dan Veda

Kehebatan madu lebah dalam perubatan diakui dalam kesemua tamadun besar dunia sejak dahulu. Penduduk Mesir, India dan China misalnya memanfaatkan sepenuhnya khasiat madu lebah bagi pelbagai kegunaan.

Pada 5 Disember 2014, saya menyatakan menerusi catatan di Facebook bagaimana kita sering mengaitkan kumbang dengan perbuatan menghisap madu dari bunga.

Saya menjelaskan: “Sebenarnya, lebah (bukan kumbang) menghisap glukosa (bukan madu) dari bunga. Glukosa itu diproses di dalam perut lebah dan kemudian barulah dimuntahkan (menerusi mulut) sebagai madu (honey).”

Menerusi catatan itu juga saya menyebut buku kajian sains dan surah an-Nahl dalam Quran sebagai rujukan. Malah surah itu juga dikenali sebagai “surah lebah” berikutan firman Allah (Subhanahuwataala): “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah” (ayat 68).

Terjemahan ayat 69 seperti berikut: “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan-Nya kepadamu.

“Akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (kemurahan Allah) bagi orang yang mahu berfikir.”

Apa yang menarik, paparan kecil itu disukai (like) lebih 145 orang serta dikongsikan oleh lebih 45 orang dalam masa yang singkat. Perkongsian status itu pula turut disukai dan dikongsi pengguna lain di Facebook. - Baca makalah penuh di Mandala Bicara.

[Makalah ini ditulis pada 18 Disember 2014 di Kamunting, Perak dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 22 Disember 2014. © Uthaya Sankar SB 2014. Harap maklum bahawa anda membaca makalah ini serta segala kandungan di Blog Uthaya Sankar SB atas pilihan sendiri.]