3 Feb 2011

Hari Jadi Devishi Prabha Sankari

Sambutan hari jadi Devishi Prabha Sankari akan diadakan pada 6 Mac 2011 (Ahad) di KFC Kemuning Utama, Jalan Bukit Kemuning; bersebelahan Taman Sri Muda, Shah Alam. Kawasan Kemuning Utama itu dahulu dikenali sebagai Estet Emerald dan bangunan baru SJKT Ladang Emerald masih kekal tidak jauh dari sana.
.

Pada tahun 2010, saya berasa amat sedih kerana tidak mampu mengadakan sebarang sambutan sempena hari jadi Devishi dan ada saya catatkan perasaan saya dalam e-mel kepada Ganesan Duraisamy; salinannya boleh dibaca DI SINI.

.

Malah, pada 4 Mac 2010, sementara Prabhawathy Govindarajoo ke sekolah, saya dan Devishi pergi bersarapan di kedai dan kemudian bercadang pergi membeli baju baru sebelum mengambil kek yang ditempah di kedai. Malangnya, bateri kereta saya rosak dan terpaksa diganti pada masa itu juga. Akhirnya, wang yang disimpan untuk membeli baju baru Devishi terpaksa digunakan untuk membeli bateri kereta.

.

Sedikit pengalaman itu ada saya tuangkan secara kreatif ke dalam cerpen “Selamat Hari Jadi, Sayang” yang disiarkan di majalah e@siswa keluaran April 2010.

.

Bagi sambutan hari jadi pada 6 Mac 2011, saya dan Devishi sudah membuat tempahan di KFC Kemuning Utama pada 2 Februari 2011. Jumlah jemputan adalah 50 orang; iaitu 30 kanak-kanak dan 20 remaja/dewasa.

.

Memandangkan jumlah tempat adalah terhad, maka tentu sahaja konsep RSVP digunakan.

..

The term RSVP comes from the French expression "répondez s'il vous plaît", meaning "please respond". If RSVP is written on an invitation it means the invited guest must tell the host whether or not they plan to attend the party. It does not mean to respond only if you're coming, and it does not mean respond only if you're not coming. It means the host needs a definite head count for the planned event, and needs it by the date specified on the invitation.

.

Undangan RSVP sudah mula dikirim melalui SMS pada 2 Februari 2011 dan tarikh RSVP yang diberikan adalah 20 Februari 2011. Sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin, tentu sahaja saya tidak akan melayan sebarang “pengesahan” kehadiran selepas tarikh itu. Ini bukan acara parti politik di mana sesiapa sahaja boleh datang sesuka hati pada bila-bila masa.

.

Mungkin ada yang mempersoalkan perlunya saya bertegas dalam soal mengadakan jamuan hari jadi. Maaf, saya tidak mahu membazir masa memberi penjelasan bagi soalan dangkal seperti itu.

.

Sambutan pada 6 Mac 2011 di KFC Kemuning Utama adalah dari 3:00 petang hingga 5:00 petang dan bakal diserikan permainan bagi kanak-kanak. Khabarnya, ada juga permainan yang melibatkan remaja dan kanak-kanak.

.

Makanan pula berasaskan ayam. Tiada masakan nabati (vegetarian) disajikan. Harap maklum.

.

Bagi individu yang mengesahkan kehadiran, apa yang diharapkan adalah agar mengetahui lokasi KFC Kemuning Utama dengan tepat sebelum datang. Jalan di sekitar Taman Sri Muda memang mengelirukan. Sila KLIK DI SINI untuk peta panduan.

.

Tetamu yang sudah mengesahkan kehadiran melalui RSVP diminta datang mulai 2:30 petang pada 6 Mac 2011, terus ke KFC Kemuning Utama supaya majlis dapat dimulakan pada pukul 3:00 petang. Tetamu yang lewat tidak akan dinantikan. Rujuk Waktu Kavyan.

.

Harap maklum bahawa saya tidak akan menjawab penggilan telefon antara pukul 3:00 petang dan 5:00 petang; termasuk panggilan daripada tetamu yang sesat jalan.

.

Semoga sambutan hari jadi Devishi kali ini menjadi kenangan manis bagi dirinya dan semua yang hadir. Juga peluang untuk kita memahami dan patuh pada konsep RSVP.

..
Nota: Foto di atas diambil oleh Kasturi Devi (Illusion Photography) pada 25 Julai 2010.