Saya sengaja menulis sebuah artikel pendek pada 17 Januari 2011 dalam bentuk brief yang digunakan di mahkamah bagi menguatkan hujah saya berhubung beberapa persoalan berkaitan novel Interlok (edisi murid) yang sedang terus – dan teruk – dipolitikkan oleh orang dalam politik dan orang di luar politik.
Yang Arif,
Sebagaimana dalam taklimat Kavyan pada 16 Januari 2011, saya percaya artikel ringkas ini mampu menjernihkan persoalan yang timbul berhubung “kekebalan” teks yang cuba dipertahankan pihak tertentu.
Malah, saya mengakhiri artikel itu dengan kata-kata: “Yang Arif, I rest my case”. Secara tidak langsung, saya sedang menghujahkan kes saya di hadapan individu yang “arif”, bukan kelompok manusia yang sekadar dikuasai emosi dan fanatik perkauman.
Artikel ini disiarkan secara bersiri di Free Malaysia Today mulai 18 Januari 2011. Sudilah membacanya jika ada masa - SILA KLIK DI SINI.