Selepas bersarapan, berehat dan berbual-bual bersama Devishi Prabha Sankari, kami berdua pergi ke rumah sepupu Devishi untuk berbual-bual. Ambigah dan Dhanesh tiada; maka kami berbual bersama ibu bapa mereka.
Seterusnya, atas permintaan Devishi, kami berdua ke rumah bapa saudara Prabha. Sudah hampir lima tahun saya tidak bertemu mereka. Kami berbual-bual sebentar; khususnya mengenai Kuil Krishnar di Kampung Boyan yang sedang dalam proses pembinaan semula dan memerlukan bantuan dana.
Pada tengah hari, Devishi dan saya balik ke rumah neneknya untuk makan tengah hari. Kemudian, saya, Devishi, Prabha dan ibunya ke Kampung Kedah, Parit Buntar di mana Prabha mahu membeli stok lampu kecil yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan di kuil. Seperti biasa, saya merakam foto kennagan menggunakan telefon bimbit.
.