Untuk pembelian melalui pos, harganya RM12.00 senaskhah (termasuk kos penghantaran melalui pos biasa) manakala RM10.00 senaskhah jika membeli secara bersemuka secara bayaran tunai sahaja.
Mungkin juga kedua-dua buku ini sesuai dijadikan cenderamata kepada rakan-rakan, anak-anak, adik-beradik, saudara-mara dan kenalan sempena penghujung tahun 2010 atau permulaan 2011.
Sesuai juga diberikan sebagai hadiah kepada golongan remaja yang masih bersekolah. Sekurang-kurangnya sebagai memberi “kelegaan” kepada mereka yang terpaksa membaca pelbagai teks Komsas yang membosankan dan menghafaz buku teks Bahasa Malaysia berorientasikan peperiksaan.
Tidak mustahil, ada yang mahu mendapatkan Kathakali dan/atau Rudra Avatara sebagai “ubat” jika sukar mengantuk pada waktu malam! Atau sebagai “bom” dan “racun” untuk diberi kepada individu yang tidak disukai. Belum cuba, belum tahu.
Apa pun tujuannya, sesiapa yang berminat membeli Rudra Avatara dan/atau Kathakali bolehlah menghubungi saya melalui e-mel uthayasb@yahoo.com.my sebelum 31 Disember 2010.
..