Setiausaha jawatankuasa penyelaras, Ghanthimathi berkata, pertemuan yang dipanggil Sarapan di Taiping diadakan sebagai usaha mempertemukan semula seramai mungkin bekas pelajar dan guru sekolah berkenaan untuk mengeratkan kembali silaturahim.
“Sekolah Menengah Rendah Laki-laki Taiping ditubuhkan pada 11 Januari 1965 sebelum namanya ditukar kepada SMDR pada 1 Februari 1978.
“Bermula 1985, sekolah itu menerima kemasukan pelajar perempuan ke Tingkatan Satu dan kini kami berusaha mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar SMDR,” katanya.
Kebanyakan bekas pelajar SMDR dipercayai kini menetap atau bekerja di Perak, Pulau Pinang, Johor dan sekitar Lembah Klang.
Menurut Ghanthimathi, beberapa bekas guru SMDR juga akan diraikan semasa “Sarapan di Taiping” sebagai menghargai sumbangan ikhlas mereka mendidik anak-anak bangsa sehingga berjaya.
Bekas pelajar SMDR diminta menghubungi talian 016-3288142 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.
Sinar Harian (edisi Selangor/KL), 11 Oktober 2010