12 Oct 2010

“Sarapan di Taiping” 7 November depan

Pertemuan bagi bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Darul Ridwan (SMDR), Taiping, Perak akan berlangsung pada 7 November depan, jam 9 pagi di Taiping, Perak. .

Setiausaha jawatankuasa penyelaras, Ghanthimathi berkata, pertemuan yang dipanggil Sarapan di Taiping diadakan sebagai usaha mempertemukan semula seramai mungkin bekas pelajar dan guru sekolah berkenaan untuk mengeratkan kembali silaturahim.

.

“Sekolah Menengah Rendah Laki-laki Taiping ditubuhkan pada 11 Januari 1965 sebelum namanya ditukar kepada SMDR pada 1 Februari 1978.

.

“Bermula 1985, sekolah itu menerima kemasukan pelajar perempuan ke Tingkatan Satu dan kini kami berusaha mengumpulkan seramai mungkin bekas pelajar SMDR,” katanya.

.

Kebanyakan bekas pelajar SMDR dipercayai kini menetap atau bekerja di Perak, Pulau Pinang, Johor dan sekitar Lembah Klang.

.

Menurut Ghanthimathi, beberapa bekas guru SMDR juga akan diraikan semasa “Sarapan di Taiping” sebagai menghargai sumbangan ikhlas mereka mendidik anak-anak bangsa sehingga berjaya.

.

Bekas pelajar SMDR diminta menghubungi talian 016-3288142 atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk maklumat lanjut.

.

Sinar Harian (edisi Selangor/KL), 11 Oktober 2010