11 Jan 2010

Buying a Fishing Rod for My Grandfather

Edisi kulit tebal kumpulan cerpen Buying a Fishing Rod for My Grandfather (Gao Xingjian, 高行, Gāo Xíngjiàn) saya beli dengan harga RM15.00 sahaja di kedai buku Novel Hut, Taman Sri Muda, Shah Alam pada 21 Disember 2009.
.

Sebelum ini, saya sudah memiliki novel Soul Mountain dan One Man’s Bible karya Gao Xingjian yang merupakan penerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan) bagi tahun 2000. Kedua-duanya saya beli di kedai Pay Less Books beberapa tahun lalu dengan harga murah juga.

.

Membaca cerpen “The Temple” mengingatkan saya kepada cerpen “Anda, Sebuah Kampung dan Sebuah Kisah” manakala cerpen “In The Park” membuktikan kata-kata Gao Xingjian bahawa unsur bahasa yang indah – bukannya plot – mampu menggerakkan cerita.

.

Saya membaca “The Temple” pada petang 7 Januari 2010 dan “In The Park” pada petang keesokannya; sementara menunggu di luar sekolah tempat Devishi Prabha Sankari belajar.

.

Ada empat lagi cerpen untuk saya nikmati minggu ini!