4 Mar 2011

Panel Bebas Interlok Kemuka Perakuan Pindaan

Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga iaitu pada 16 Februari 2011, 28 Februari 2011 dan 4 Mac 2011 di Bilik Mesyuarat Seri Duta, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Putrajaya. .
.

Akhirnya, panel bebas itu secara konsensus membuat perakuan pindaan kepada Kerajaan berdasarkan terma rujukan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran.

.

Wakil media boleh menghubungi pengerusi panel, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin melalui talian 012-2985577 untuk mendapatkan kenyataan mewakili Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok berhubung perkara ini.

.

Maklumat sidang media pertama pada 16 Februari 2011 serta pelbagai maklumat tambahan boleh dirujuk DI SINI.
..
Dalam pada itu, memandangkan Panel Bebas sudah menyelesaikan tugasnya, maka saya juga kembali bebas untuk bersuara mewakili Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) apabila dihubungi wakil media berhubung kontroversi novel Interlok edisi murid. Saya boleh dihubungi melalui talian 016-3288142 dan e-mel uthayasb@yahoo.com.my