19 Mar 2011

Kirim "Suara" Sokongan

Rakan-rakan Bangsa Malaysia! Sila baca dengan penuh teliti sebelum bertindak. Terima kasih atas segala SMS sokongan moral yang dikirim.
.

Dr N S Rajendran, G Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB yang dilantik menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok Edisi Murid sudah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan mengemukakan saranan pindaan meliputi aspek kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan perkara-perkara menyentuh sensitiviti kaum (khasnya kaum India) mengikut terma rujukan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

.

Saranan pindaan itu sudah pun diperakukan Panel Bebas secara konsensus (sebulat suara) semasa mesyuarat terakhir Panel Bebas pada 4 Mac 2011 dan laporan saranan pindaan sudah diserahkan kepada Menteri Pelajaran.

.

Akan tetapi, semasa perjumpaan (bukan “mesyuarat”) pada 16 Mac 2011, beberapa ahli Panel Bebas mula menolak satu per satu senarai pindaan yang dikemukakan wakil kaum India dan sudah pun diperakukan secara konsensus oleh Panel Bebas pada 4 Mac 2011.

.

Akibatnya, Dr N S Rajendran, G Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB membuat keputusan berundur daripada Panel Bebas; dan laporan lengkap boleh dibaca DI SINI untuk pemahaman lanjut.

.

Perkara-perkara yang dikemukakan ketiga-tiga wakil kaum India dikatakan “tidak penting” dan boleh digugurkan daripada pindaan. (Ingat: saranan pindaan itu sudah diperakukan Panel Bebas secara sebulat suara pada 4 Mac 2011.)

.

Benarkah perkara-perkara yang dikemukakan wakil kaum India “tidak penting” dan tidak perlu dipinda dalam novel Interlok edisi murid?

.

Kami mahu mendengar suara Bangsa Malaysia berhubung perkara ini. Sila KLIK DI SINI untuk sebahagian senarai itu.

.

Pendirian tegas Dr N S Rajendran, G Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB sudah dinyatakan bersama-sama senarai saranan pindaan yang diperakukan itu:

.

“Pendirian Dr N. S. Rajendran, G. Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB adalah bahawa sekiranya segala perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kesalahan bahasa dan kesalahan fakta dalam novel Interlok edisi murid (DBP: 2010) tidak “dimurnikan” (disunting) seperti dicadangkan, maka novel berkenaan perlu dikeluarkan terus daripada dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) kerana melanggar syarat dan kriteria pemilihan buku teks sekolah sebagaimana ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.”

.

Adakah ketiga-tiga wakil kaum India “syok sendiri” dalam mengemukakan senarai saranan pindaan itu atau mewakili “suara” Bangsa Malaysia?

.

Kirim e-mel mewakili suara Bangsa Malaysia!

.

Sekiranya anda sebagai seorang warganegara Malaysia (Bangsa Malaysia) menyokong pendirian Dr N S Rajendran, G Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB, sila kirim e-mel sokongan mengikut cara mudah berikut:

.

1. E-mel perlulah dikirim sebelum 23 Mac 2011 (Rabu).

.

2. Hanya satu e-mel daripada seorang individu dan dari satu alamat e-mel.

.

3. Pada ruangan subjek (Subject), sila tulis Pinda Semua atau Gugurkan Terus!

.

4. Pada ruangan “To”, sila tulis uthayasb@yahoo.com.my (jangan tertinggal .my)

.

5. Pada ruangan “Cc”, sila tulis e-mel anda sendiri (supaya anda menerima satu salinan e-mel sebagai rekod dan bukti)

.

6. Pada ruangan mesej e-mel itu, sila salin dan tampal (copy and paste) perenggan ini sepenuhnya. Tidak perlu tambah apa-apa!:

.

“Pendirian Dr N. S. Rajendran, G. Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB adalah bahawa sekiranya segala perkara yang menyentuh sensitiviti mana-mana kaum, kesalahan bahasa dan kesalahan fakta dalam novel Interlok edisi murid (DBP: 2010) tidak “dimurnikan” (disunting) seperti dicadangkan, maka novel berkenaan perlu dikeluarkan terus daripada dijadikan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) kerana melanggar syarat dan kriteria pemilihan buku teks sekolah sebagaimana ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.” – Saya sokong pendirian ini!

.

7. Tekan butang hantar (send) untuk melaksanakan tugas anda. Bagi setiap e-mel yang selamat diterima, akan ada balasan automatik yang mengesahkan penerimaan e-mel itu.

.

Apa yang akan berlaku selepas itu?

.

Kesemua e-mel sokongan itu akan dikumpul sebagai bukti bahawa ketiga-tiga wakil kaum India tidak hanya “syok sendiri” dalam mengemukakan senarai saranan pindaan itu. Juga bahawa perkara-perkara yang perlu dipinda itu bukan “hal kecil dan tidak penting”.

.

Sekiranya timbul keperluan, kesemua e-mel berkenaan akan dikemukakan untuk perhatian Menteri Pelajaran dan/atau Perdana Menteri dan/atau mana-mana pihak yang berkaitan.

.

Untuk rekod, Dr N S Rajendran, G Krishnabahawan dan Uthaya Sankar SB kekal dengan pendirian tidak mahu “dipujuk” menyertai semula Panel Bebas berikutan apa yang berlaku pada 16 Mac 2011.
..
CATATAN: Pada 24 Mac 2011, e-mel balasan dikirim kepada setiap individu yang mengirim "Suara Sokongan" sehingga 23 Mac 2011. Ucapan terima kasih juga dirakamkan DI SINI.